Tuesday, June 28, 2011

pindah

wargh...dah lama tak letak entry baru..huhu..maklumla busy..lepas nie lagi la susah nak online sebab TM kata kawasan umah aku banyak kecurian kabel, so xleh pasang streamyx..kena beli broadband la nampak gayanya..tp semua org tau BB nie susah..ada limit..huhuhu

urm..aku xde mood la nak citer sal pindah randah nie sebab aku tak berapa suka..huhu...mak aku kata kat kawna dia, "tak best langsung"..ayah aku kata "nyesal pulak pindah, duk kat perlis sampai pencen bagus" haha...maklumla, parents aku dok kat perlis lama kot, 23 tahun..bila kena pindah, nie la jadinya..tapi nasib baik abah dah nak pencen tahun depan...

bila sampai je kat sana tgk rumah..huhu...cdey kot..dengan barang yang sangat banyak, tapi rumah agak kecil..tp apa2 pown, syukur alhamdulillah still ada tempat berteduh...dok kat sana pown xleh kuar pi mana2 sebb aku duk bukan dekat bandar pasir mas..aku tak sabar nak tunggu ayah aku pencen sebb boleh balik besut, dok umah sendiri..yahooo!!!!! [OPS, LUPA PULAK, RUMAH BARU OTW NAK BUAT YE] kalau nak baca lebih lanjut pasal aku pndah, click here

ok...that's all..wassalam...jumpa lagi next entry...

Thursday, June 23, 2011

kawin awal???

waktu orang dok busy kemas-kemas barang nie la, tiba-tiba satu suara muncul..haha...

"kawen awal la senang kak yam" kata abahku kepada kawannya

terkejut aku dengar!!! glup!!!!
tapi, memang abah ada bagitau aku dulu2 yang dia nak jaga cucu..haha

aku: nanti bila abah pencen. abah nak buat apa?? ye la, dah abah pencen awal..takkan nak dok kat umah ja..makin gemuk nanti..haha..

abah: la, apa susah, abah pi la main badminton ngan ma kat luar rumah..(sambil gelak besarr)

aku: baik abah pi main kat umah ayah sir(bapak sedare aku), ada gelanggang siap..hehe

abah: abah tak sabar la pulak nak maen ngan cucu..

aku: ???? hahahaha..tunggu along dulu, baru kakak na abah..hehe (dalam hati ada taman kot)..haha

abah: petang2 boleh naek moto ngan cucu round2 kampung (oh, so sweet abah!!! luv u)>> nanti kak tak yah la antar kat orang dah..bagi abah ngan ma jaga

ma: ma tak mau jaga..ma tak larat..(sedih dengar tapi mak aku senyum kot)

abah: kalau ma tak mau jaga, tak pa, abah jaga.. (berbunga-bungan hati aku, abah aku siap tunjuk lagi demo camne nak maen2 ngan cucu, maen cak2 la..haha) 

aku: along, abah tak sabar dah nak main ngan cucu tu..bila lagi

along: rileks dulu, awal lagi..kumpul duit dulu..

tue la perbualan kami sekeluarga waktu orang sibuk2 nak pindah nie..apa2 pown aku sangat sayangkan keluarga aku..sememangnya cuti lama nie memberikan aku kepuasan sebab aku dapat spend banyak masa ngan family dan pada masa yang sama aku dapat rasa kasih sayang kelaurga aku dekat aku...xoxo

THEY ARE ALL PRICELESS...

selumbar kasih

Alhamdulillah, masih panjang umur aku..
Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan Allah untuk meng'update' blog nie..
Alhamdulillah semalam aku terima berita yang sangat2 aku tunggu..
TERIMA KASIH YA ALLAH untuk semuanaya..
Sesungguhnya aku sebagai hambaMu, sangat2 bersyukur dengan segala nikmat kurniaanMu..

hari nie, aku just nak review pasal satu citer yang aku tengok..
nie 1st time aku summarize cerita tau..
sebab aku suka sangat ngan citer tu..

semalam, aku diberi keizinan Allah untuk tengok tv9
tajuk cerita: SELEMBAR KASIH
tapi aku tak tgk dari awal, bukak2 dah 30min berlalu..
maklumlah aku tengok tv lepas solat isyak..
sebab ayah aku tengok berita kul 8mlm tue..
citer tu stat kul 8.30 sampai 10.00 malam...

tapi, apa yang best sangat pasal citer tue???
mesti korang tertanya-tanya kan???
[padahal tak ramai pown org yang baca blog aku, tapi tak kisah, janji happy haha]

urm....
boleh dikatakan mengalir juga air mata aku bila tengok citer tue..
[tapi ingatlah kawan2, jgn menangis bila tengok citer je, bila jumpe Allah sangat susah nak menangis, cubalah menangis, paksalah diri menangis, tak kisahlah kita hipokrit menangis bila berjumpa dengan Allah, kerana senungguhNya Allah kan Maha Mengetahui..Dia tahu segala-galanya.niat kita menangis, sume Dia tau!!]
>>actually, ada hadis ke ayat quran pasal paksaan menangis bila baca al-quran..terlupa la..btw, insyaAllah i'll confirm and post it later :)) nie hadisnye:


 “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” 
(Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

generally, citer tu cerita pasal anak lelaki yang datang dari keluarga berada jatuh cinta dengan seorang perempuan yang bekerja sebagai tukang kebun dekat rumah laki tue..laki tue kiranya duk ngan parents dia la..

mak laki tue sangat tak suka dengan perempuan tu sebab katanya dia hanyalah seorang tukang kebun dan tak layak hadir dalam family dia..dahla dia kotor, bau busuk (maklumla keje tukang kebun)..mak laki tue pulak DATIN 

yang bestnye dalam citer nie, ayah laki tu sangat2 baik..dia tak kisah anak laki dia nak kawen dengan sape, asalkan keturunan, agama dia ok..

anak laki datuk ngan datin nie baru je balik dari oversea..pada satu hari, laki ni lemas dekat swimming pool umah dia, so, si tukang kebun perempuan nie tolong la dia..tapi malangnya, lepas laki nie sedar balik, si datin(mak laki nie) tak ucapkan pun terima kasih..bahkan apabila disuruh oleh suaminya pown, dia buat endah tak endah..katanya, "apesal dia perlu mintak maaf pulak???" dia siap tolak pulak si tukang kebun tue..sedarlah datin, perempuan itu dah meyelamatkan NYAWA anak kesayangan awak

si tukang kebun ataupun nama dia zulaikha sangat manis orangnya..sangat sweet..dia bekerja sebagai tukang kebun dan tukang cuci dekat rumah datin ngan datuk tue..pada mulanya, bila si datin tu dapat tau anak laki dia suka dekat zulaikha, dia tentang habis-habisan sampaikan dia sanggup halau zulaikha dari rumah tu bila suami ngan anak laki dia gi outstation...bila anak laki dia balik, dia kata zulaikha yang berhenti sebb dapat offer keje yang lg baik..

so, si laki tu pown gi la cari zulaikha..dia jumpa dan bawak balik ke rumah untuk diperkenalkan kepada parents dia(dia nak jadikan zulaikha isteri)..sampai2 je kat umah, satu tamparan hebat diberikan oleh si datin tu dekat muka zulaikha..dan zulaikha pown mengundur diri..ye la, siapa yang tahan dicaci, dihina dengn begitu teruk!! kali kedua, si laki tue cari zulaikha, tapi, malangnya, zulaikha dah pindah...

bermulalah kehidupan sedih dalam hidup laki tu sampailah dia jatuh sakit..kena guna wheel chair..akhirnya, bila si datin tu dapat tau, zulaikha sebenarnya pelajar tahun akhir jurusan undang2 dan dia bekerja sebagai tukang kebuh hanyalah untu memenuhi cutinya disamping membantu keluarganya sebab family dia berasal dari golongan yang susah..

masa pun berlalu degan lajunya, rupa-rupaya zulaikha dah pun bekerja sebagai peguam dan dia handle kes saman terhadap syarikat majikannya dulu(ayah laki tue)

bila, si datin tue jumpa zulaikha, dia mintak sangat zulaikha jumpa anak laki dia so that anak laki dia boleh baik balik..pada masa yang sama, si datin minta supaya zulaikha kawen ngan anak laki dia [dulu kan, dia tentang]..tapi, zulaikha berterus-terang, dia cakap dia tak nak..dia hanya akan pastikan si laki tu baik dan dia hanya boleh jadikan laki tu sebagai kawan sahaja...

akhir sekali, si datin tue menyesal sebab dia dulu pun pernah bekerja sebagai pencuci dekat syarikat ayah suaminya..nasib baik suami dia amek dia jadikan isteri, so dia boleh rasa hidup senang..kalau tak?? {dialog suami dia dekat dia bila dia hina zulaikha}

tue je la citer pasal SELEMBAR KASIH..
sorry coz aku tak pandai sangat nak summarize citer nie..
maybe next time boleh improve..hehe

citer tu banyak pengajaran yang aku boleh amek..
tapi the most importang point yg paling lekat dalam otak aku..
"DO REALIZE FROM WHERE WE COME FROM"

sedarlah kawan2 asal-usul kita..
jika kita dari golongan senang atau berada, bersyukurlah selalu kerana sesungguhnya nikmat yang kita dapat adalah dari Allah s.w.t. dan bila-bila masa je Dia boleh tarik balik nikmat2 tue..
jika dulu, kita kaya, dalam sekelip mata je kita boleh jatuh miskin..sebab?? sebab diri kita sendiri yang bangga, 'ujub, takbur!!! na'uzubillah

jika kita berasal dari golongan susah, jaganlah bersedih..
jagan la cuba menyalahkan takdir, janganlah disebabkan kesusahan, kita lupa pada Allah..kita syirik..
kerana sesungguhya kebahagiaan tidak diukur melalui kemewahan, kesenangan, harta yang melimpah-ruah, rumah besar, gaji besar dan etc..
tetapi kebahagiaan lahir dari hati yang ikhlas bekerja kerana Allah..hati yang sentiasa bersyukur dan bersabar dengan nikmat dan ujian Allah..

jika kita datang dari golongan susah dan kemudian Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah, jangan sesekali lupa akan asal usul kita..
jangan lupa dari mana kita datang dahulunya..
jangan sesekali memandang orang yang lebih bawah daripada kita..
sebab kita juga pernah berada setaraf dengan dia..
besyukurlah selalu...

Manusia lebih mudah SABAR dgn ujian keperitan berbanding SYUKUR dgn ujian kesenangan..

[percaya atau tidak, perempuan sangat senang untuk lupa daratan daripada golongan lelaki, BEWARE]


lagu tema: Di saat aku mencintaimu

wallahu'alam...



Tuesday, June 21, 2011

kenali SYAITAN

post kali nie mostly di"edit" dari buku "offline dengan syaitan"


Allah menyebut berulang-ulang kali kejahatan Iblis dan syaitan dalam al-Quran, supaya manusia tidak mudah terpedaya dengan tipu dayanya. Perkataan "iblis" disebut sebanyak 11 kali, perkataan "syaitan" sebanyak 70 kali dan perkataan "syayatin" sebanyak 18 kali. Manakala kisah iblis yang derhaka dan enggan sujud kepada Adam disebut pada beberapa tempat di dalam al-Quran.


Post before nie kita dah cakap pasal nikmat2 kurniaan Allah..hari nie aku nak cakap serba sedikit pasal syaitan. Siapa sebenarnya syaitan??? Adakah kita cukup kenal dengan golongan ini??? Adakah kita tau asal usul dan keturunan si syaitan nie?? urm...

Untuk pengetahuan semua, sebelum Allah jadikan Nabi Adam a.s. lagi iblis dah wujud kat dunia nie. Cumanya pada waktu nie, iblis adalah makhluk yang taat kepada Allah dan ia digelar "azazil". Azazil nie ada wajah yang indah dan bercahaya, seperti nurrrr....kalah muka kita kott...hehe

Bila Allah jadikan Adam, Allah perintahkan Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam bagi menghormati ciptaannya yang mulia. Tetapi, Azazil enggan sujud. Azazil merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam kerana ia dijadikan daripada api sedangkan Adam hanya dijadikan daripada tanah. Dek kerana kesombongan Azazil, lalu Allah menghalaunya keluar dari syurga dan mengubah wajahnya yang indah dan bercahaya kepada wajah yang hodoh lagi menakutkan. Azazil akhirnya digelar IBLIS yang bermaksud SUKA MEMBERONTAK dan DERHAKA.


Kemudian, Iblis pun meminta supaya Allah memanjangkan umurnya sehingga hari kiamat hanya untuk MENYESATKAN SELURUH MANUSIA. Hal ini jelas dinyatakan di dalam al-Quran:

"Wahai tuhanku, jika demikian, berilah tempoh kepdaku sehingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)." 
[As-Sad:79]


Nak tau keturunan Iblis???
Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Iblis berkembang dengan 5 keturunan:

  • Tsabar
Kerjanya menimbulkan keluh-kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan [berhati-hatilah kawan2, jangan sampai kita menolak qada dan qadar]
  • Dasim
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai. [bahaya nie..buat kawan2 yang telah mendirikan rumah tangga, banyakkan bersabar dan bawak berbincang jika ada masalah ye]
  • Al-A'war
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnnya, mendorong wanita memakai pakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan untuk melakukan zina. [sebab tue Allah dah nyatakan dalam al-Quran awal2 lagi, JANGAN MENGHAMPIRI ZINA]
  • Miswath
Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Ia juga suka menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah. [husnuzon ye]
  • Zaknabur
Kerjanya suka menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia di pasar dan pusat beli-belah. Akhirnya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana hanya untuk bersuka-ria tanpa sebarang tujuan. 

Habis tu, sape syaitan sebenarnya??? Syaitan bolehlah dianggap sebagai anak pinak ataupun tentera Iblis. Syaitan boleh terdiri daripada kalangan jin atatu manusia sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dam suran AN-NAS.

Dalam satu hadis yang direkodkan oleh Ahmad, Nabi Muhammad berkata:

"Wahai Abu Zar, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan manusia dan jin." Kata Abu Zar, "Aku bertanya kepadanya(Nabi Muhammad), wujudkah syaitan manusia?" Jawab beliau, "Ya."

SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA
Sedar tak sedar, dalam setiap diri manusia pown ada pendamping daripada golongan jin dan syaitan tau. Cuma kita tau atau tak je. Kalau nak tau, jin nie kita panggil "qarin" yang bermaksud "teman". Qarin nie menyerupai fizikal dan perangai diri kita. Qarin nie la KAWAN KARIB kita bila kita berpaling daripada ajaran Allah. 

Kalau nak tau, qarin nie pun ada dekat dalam diri Nabi Muhammad tau. Tak percaya??? Baca nie:

"Sudah datang kepadamu syaitanmu" Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, Apakah dalam diriku ini ada syaitan?"

Nabi Muhammad menjawab, "Ya, benar. Pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya."

"Bagaimana denganmu?" tanya Aisyah

Kata Nabi Muhammad, "Pada diriku pun ada syaitan, tetapi Allah sudah menundukkannya sehingga syaitan itu pun menyerah."

[Hadis sahih oleh Muslim]

Tu la sedikit-sebanyak tentang keluarga iblis dan syaitan nie. Sama-sama la kita tingkatkan usaha untuk melawan mereka ye. InsyaAllah, berkat usaha dan doa, Allah akan bantu kita dunia dan akhirat..

Lastly from me:

Daripada Abu Said, Nabi Muhammad berkata yang bermaksud: Iblis berkata: "Wahai Tuhanku, demi kemuliaanMu, aku akan terus menggoada anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka." Allah menjawab: "Demi kemuliaanKu dan keagunganKu, aku akan tetap memberi keampunan kepada mereka selama mereka memohon ampunan kepadaKu."
[Hadis oleh Ahmad]


Monday, June 20, 2011

ALL about BILL

"pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku sekiranya Allah mengeluarkan bil sepertimana bil air, bil elektrik, bil telefon, bil astro dan etc..???" 

"pernahkan terdetik dalam hati kita adakah kita telah menggunakan segala nikmat-nikmat yang Allah kurniakan dengan BAIK SEKALI???"

"pernahkah kita terfikir apa yang terjadi sekiranya Allah tidak memberikan nikmat2 hidup di dunia ini secara percuma???"

Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan, sama ada kita sedar atau tidak. Sekiranya Allah mengeluarkan bil2 bagi segala nikmat2 ini, sudah pasti kita tidak dapat membayarnya selepas mengeluh membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil internet, bil pembentungan dan lain2. 

Nak tau apa yang Allah bagi kita F.O.C. dekat dunia nie??? Tapi senarai dekat bawah nie sikit je, banyak lagi yang tak tertulis dan tak terfikir oleh akal fikiran...
  • Anggota dan organ
Tangan, kaki, kepala, otak, jantung, hati, buah pinggang, usus dan sebagainya
  • Deria
Penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan, rasa
  • Alam sekitar
cakerawala, haiwan, tumbuh-tumbuhan, hujan
  • Keluarga dan masyarakat
Ibu bapa, suami, isteri, anak2, jiran tetangga, sepupu sepapat, saudara-mara dan lain2

Allah telah menyatakan dalam al-Quran:
"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung" 
 [Al-Ibrahim:34]

Nak tengok contoh bil dari Allah, sekiranya kita terpaksa membayar harga nikmat2 kurniaanNya dekat dunia nie???

taken from buku "ONLINE DENGAN TUHAN"
Cuba bayangkan apabila Allah mengeluarkan bil oksigen yang kita sedut sejak dilahirkan di dunia sehingga sekarang. Pasti kita tidak mampu membayarnya!!!

Bagaimana pula dengan nikmat daya tarikan graviti??? Bukankah ia penting supaya kita dapat berjalan dengan betul??? Cuba bayangkan jika nikmat ini tiada, bagaimana kita mahu menyidai pakaian??? Pakaian yang ternyata lebih ringan tentu akan terapung-apung di uadara lalu berterbangan ke rumah jiran sebelah atau jalan raya!!!

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Tidak kiralah sedikit atau banyak. Sekiranya kita tidak pandai unruk bersyukur dengan nikmat Allah yang sedikit, bagaimana pula kita nak beryukur dengan nikmat Allah yang sangat banyak??? 

"Kalimat Alhamdulillah disebut sebanyak 21 kali di dalam al-Quran. Cara bersyukur kepada Allah selain mengucapkan Alhamdulillah adalah dengan mentaatinya"



kemas

hari nie, bermulalah kisah hidup aku tidur di atas tilam tanpa katil dibawahnya yang selalunya me'nyupport' tilam...katil2 semua telah 'dirobohkan'..keadaan ini akan berlanjutan sampai la ari jumaat nie.cdey3...tp sangat2 bersyukur sebab at least aku tidur masih berlapikkan tilam empuk [sebab tue tidur sampai tak ingat dunia, masyaAllah]..kalau nak dibandingkan dengan orang2 dekat palestin, mereka hanya tidur berlapikkan tanah, papan dan etc..bangun2 je pagi esok mesti diorang sakit belakang kan?? kesian kat diorang..tapi itulah kan Allah dah berfirman, Dia takkan uji hambaNya kecuali apa yang termampu dipikulnya..kadang-kala yang tak tidur pown ada sebab perasaan takut telah menguasai diri..huhu..

cuba kita fikir sejenak, macam mana la kalau Allah uji kita macam tue?? adakah kita sudah bersedia fizikal dan mental?? adakah kita sanggup?? 

terima kasih ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk merasai segala nikmatmu ini..aku sebagai hambaMu sangat2 bersyukur..

semoga Engkau terus memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada aku dan keluarga aku kerana sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah..tapi pada masa yang sama Kau hilangkanlah perasaan 'ujub dan takbur yang ada dalam diri ini dek nikmat yang Engkau kurniakan ini..ameen..

less than 1 week je aku akan pindah to the new place, new environment, new friends, new neighbourhood, EVERYTHING is NEW...can i adapt to it?? insyaAllah..lagipun ini yang aku nak selama nie, keluar dari perlis [aku nak pindah terengganu, tapi ayah aku dapat tukar dekat pasir mas la pulak]..bukan aku tak sayang perlis, tapi dah bosan sangat sebab dah lama dok kat sini w/out any relatives..22 TAHUN OK!!!!!

ok lah, setakat  nie je tuk ari nie..x larat nak karang banyak2..no idea..lagipun aku bukan pandai tulis pown..haha..daaa...salam


Saturday, June 18, 2011

2 IN 1

HADIAH UNTUK AYAH

Suatu hari, ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali meminta satu gulung.
"Untuk apa?" tanya si ayah.
"Nak bungkus hadiah." jawab si kecil.
"Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "yah, ayah.....ada hadiah untuk ayah." Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.....nanti-nanti saja." Tetapi si kecil pantang menyerah, "ayah, ayah, bangun!!! dah pagi."
"Eh, kenapa ganggu ayah!! Masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun." Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
"Hadiah apa ini?"
"Hadiah hari jadi untuk ayah. Bukalah yah, buka sekarang. "
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh, kenapa kosong? Tak ada isi di dalamnya. Kan ayah dah kata jangan buang-bunag kertas bungkusan ayah. Membazir tu."
Si kecil menjawab, "tadikan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk ayah."
Si ayah merasa terharu. Dia mengangkat anaknya, dipeluk dan diciumnya. 
"Puteri, ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali sekala kalau perlu ciuman Puteri, ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, diisi lagi ya!!"
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga kotak itu tiada nilainya. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong. KOSONG BAGI SESEORANG BOLEH DIANGGAP PENUH OLEH ORANG LAIN.

Kesimpulan:

  • ERTI HIDUP (KOSONG DAN PENUH)

~Kedua-duanya merupakan produk dari fikiran kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup, demikianlah kehidupan kita. Hidup menjadi bererti, bermakna kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memeberikan memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong
  • ERTI KASIH SAYANG
~Bukan susah untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada orang yang kita sayang, terutama sekali ibu bapa. Bukan wang ringgit dan harta benda yang menjadi ukuran. Tetapi bagaimana kita meng'ekspress'kan cinta kita itu kepada orang yang berkenaan. Sempena Hari Bapa esok, tunjukkanlah kasih sayang kita kepada ayah/bapak/abah/walid/baba kita dengan meringankan bebannya, dengan mendoakannya, dengan membantu kerjanya. Biarpun kita tidak mampu untuk memberikan hadiah-hadiah mewah kepadanya, tetapi percayalah kasih sayang yang ditunjukkan kepada mereka sudah cukup membahagiakan mereka.

cinta ALLAH cinta ABADI

Seringkali kita dengar, kita disuruh agar mencintai Allah melebihi segala-galanya. Tetapi, pernahkah kita terfikir apakah sebab2 kita disuruh berbuat demikian?? Pernahkah kita terfikir mengapa cinta Allah adalah yang TERBAIK??? Pernahkah kita berusaha untuk mendapatan cinta Allah?? Pernahkah kita terasa kehilangan akan cintaNya??? Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az-Zuhd, Allah pernah berkata:


"Sungguh aneh kamu wahai anak Adam. Aku ciptakan kamu, namun kamu menyembah selain aku, dan Aku beri kamu rezeki namun kamu bersyukur pada selain Aku. Aku berikan cintaKu melaui nikmat-nikmat itu, padahal Aku sama sekali tidak membutuhkanmu, namun kamu melakukan kebencian kepadaKu dengan melakukan kedurhakaan padahal kamu sangat memerlukanKu. KebaikanKu turun kepadamu, namun kejahatanmu naik kepadaKu"


Tapi, pernahkah kita terfikir mengapa cinta Allah yang perlu kita pilih?? Pernahkah terdetik dalam hati dan fikiran kita?? WHY??? WHY??? WHY???

  • Cinta Allah tidak memilih sesiapa
Allah itu Maha Adil..Allah itu Maha Bijaksana..Allah tidak memilih cinta dari manusia yang cantik dan kacak paras rupa. Cinta Allah itu juga tidak memilih sama ada orang itu kaya atau miskin. Meskipun hodohnya seserang atau miskinnya seseorang, cinta Allah tak pernah dan tak akan berkurang, kasih sayang Allah tak pernah lari. Dia tidak pernah pilih kasih dan membeza-bezakan mengikut darjat hamba-hambaNya.Segala nikmat dan rezeki akan tetap Allah berikan walaupun kita masih melakukan maksiat dan kemungkaran. Cuba bayangkan, sekiranya Allah menarik nikmat OKSIGEN, adakah kita masih boleh bernafas di dunia ini??  
  • Cinta Allah balasannya syurga
Mencintai manusia ada limitnya, ada hadnya. Terhadnya cinta kita kepada manusia mungkin hanya mendapat hadiah yang kita sukai seperti jam tangan, barangan kemas, beg, kasut dan kereta mewah. Tetapi cintanya kita kepada Allah tiada hadnya, tiada limitnya. Mencintai Allah itu lebih lumayan hadiahnya. Apa la sangat jika nak dibandingkan lumayannya hadiah dari Allah berbanding kereta mewah dan rumah berjuta-juta ringgit. Pastinya nilai syurga itu lebih besar dari segala isi dunia ini. Bahkan, kita perlu ingat dan sematkan dalam hati, nilai dunia ini sangatlah sedikit berbanding nilai akhirat yang kekal abadi.
  • Cinta Allah mendorong kita mencintai kekasihNya, Rasulullah s.a.w
Ketika kewafatan Rasulullah, para sahabat terkejut sehingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kepada baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada setiap kehidupan. Tetapi, pernahkah kita berfikir, mengapa kejadian seperti ini terjadi?? Ini kerana lahirnya rasa cinta yang amat kuat kepada Rasulullah. Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Adakah kita juga terasa kecintaan kita kepada Rasulullah begitu?? Tepuk dada tanyalah iman...

Tetapi mengapa begitu besar cintanya para sahabat kepada Rasulullah?? Jawapannya mudah sekali, kerana besarnya cinta mereka kepada Allah lah yang mendorong mereka untuk mencintai Rasulullah. Firman Allah:

"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allaha mengasihi dan mengampuni dosa-dosaMu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  (3:31)
  • Cinta Allah akan mendorong kita mencintai manusia
Apabila kita mencintai Allah, kita akan turut serta secara tidak langsung mencintai manusia di sekeliling kita sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah.

Kecintaan kita kepada manusia bukanlah semata-mata mengucapkan kata-kata manis seperti "i love you" atau ungkapan-ungkapan cinta, tetapi apa yang lebih penting pembuktian cinta kita kepada manusia adalah dengan manjauhkan dirinya dari jurang neraka yang semakin menghampiri. Analoginya sangat mudah, ibarat kita sedanga menyelamatkan saudara kita yang tidur dalam api yang marah di dalam rumah yang terbakar.


Akhir kata, marilah kita sama-sama berfikir, apalah sangat dengan cinta manusia yang kita dambakan berbanding cinta Allah yang sangat agung??? Tidakkah kita ketahui bahawa cinta Allah itulah yang paling sempurna???

"Apabila manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta" (29:2-3)

Percayalah, semakin kita diuji, semakin kita akan dapat merasai nikmat kemanisan dalam mencintai Allah disamping ketenangan yang tidak pernah berkesudahan dan juga pertolongan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. 

DX: Cinta mana yang utama? Cinta Allah atau cinta manusia? Utamakan cinta Allah janjinya syurga, utamakan cinta manusia mungkin binasa...wallahu'alam

~edited from "sinergi"

Friday, June 17, 2011

JODOH & TAKDIR

POST AKU KALI NIE BANYAK VIDEO JE...SO, KALAU ADA MASA, DENGARLAH YE..TAK RUGI POWN.. :D


jodoh, pertemuan, ajal, amaut semua di tangan TUHAN..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..Allah yang menentukan segalanya...


pesanan buat kawan2 dan diri sendiri, bak kata PROF MUHAYA, berdoalah di dalam setiap kali sujud,

"ya Allah, ringankanlah jodoh pertemuan aku dengan bakal suami/isteri aku" 

sebab kita tak tau siapa jodoh kita dan bila mana kita akan bertemu dengannya...tapi, aku selalu tambah doa nie dengan 

"ya Allah, Kau ringankanlah jodoh pertemuan aku dengan bakal suami aku pada ketika aku dan dia sudah bersedia membina masjid ini"

sebab aku takut, jika aku bertemu jodoh bila mana diri aku belum bersedia berumah tangga, takut2 free2 je dosa yang aku dapat na'uzubillah hu min zalik..dah la dosa2 before nie pown dah banyak, sama ada sedar atau tak, sengaja atau tak..huhu


kita, sebagai manusia biasa punyai hati, punyai perasaan ingin mencintai dan dincintai..tapi janganlah perasaan itu kita salurkah di tempat yang salah..jagalah perasaan itu sebaik-baiknya..jika tidak, hancurlah masa depan kita, hidup kita..hidup hanya sekali, gunakanlah ia sebaik mungkin..

buat kawan2 yang "putus" di tengah jalan, bacalah puisi ka bawah nie(copy paste ye)..hehe..moga beroleh manfaat darinya..insyaAllah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
kasih sayang yang terbaik
khas untuk diri kita

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang HEBAT untuk kita
dan kehidupan kita pada masa hadapan

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi
manusia yang hebat jiwanya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa cinta yang terbaik
hanya ada bersama Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal


p/s: "Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Percayalah, sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya.Kembali kepada cinta-Nya adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina. Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita. Amin" ~credit to [click here]

Wednesday, June 15, 2011

kematian itu PASTI!!!

 hari nie aku dikejutkan dengan pemrgian seorang sahabat UIA...walaupun aku tak berapa kenal dengan arwah, tatapi dia tetap saudara seIslam aku..dengar kata dia seorang yang sangat-sangat baik..mungkin Allah lebih menyayangi dirinya, sebab itulah Dia mengambil arwah terlebih dahulu...moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solihin..ameen..moga diberikan kekuatan kepada ahli keluarganya..al-fatihah

p/s: kematian boleh datang bila-bila masa sahaja..tidak cepat sesaat, tidak pula lambat sesaat..adakah kita telah bersedia?? sudah cukupkah bekalan kita untuk dipertemukan denganNya?? wallahu'alam..semoga kita terus berusaha untuk membanyakkan amal2 kita semua..ameen..

Ya Allah, Ampunilah dosanya, rahmatilah dia, sihatkanlah dia maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya (kubur), basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Ya Allah.. gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, pasangannya dengan pasangan yang lebih baik..masukkanlah dia kedalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka.. amin.


Tuesday, June 14, 2011

mimpi mainan tidur???

semalam...aku bermimpi...mimpi yang tak pernah aku rasa selama nie..mimpi yang menyebabkan aku tersedar dari tidur..mimpi yang membuatkan aku terus bangun dari tidur yang nyenyak dan mengadu pada kekasihku, Allah s.w.t...mimpi yang membuatkan aku tersentak..mimpi yang membuatkan aku takut sangat2..mimpi yang membuatkan aku rasa diri aku begitu hina di sisi Islam..


Ya Allah, jika ini dugaanmu kepadaku, aku terima ya Allah..jika ini caranya Kau nak uji aku, aku terima ya Allah..jika dengan cara ini aku dapat mendekatkan diri kepadaMu, aku terima ya Allah..jika ini caranya Kau nak ajar aku tentang tujuan hidup yang sebenar di dunia ini, aku terima ya Allah...kerana aku tau disebalik apa yang berlaku, ada hikmah yang tersirat yang Kau cuba untuk aku fahami...kerana aku tau, "Engkau takkan menguji hambaMu melainkan apa yang termampu olehnya"


ya Allah, sungguh diri ini amat merindui dan mencintaiMu...diri ini amat merindui dan mencintai kekasihMu, ya Rasulullah...ya Allah, aku tau aku bukanlah hambaMu yang sanagt2 taat kepadaMu..tapi percayalah, aku akan cuba ke arah itu..aku juga manusia biasa yang kadang2 lalai mengingatiMu...


ya Allah, aku bersyukur dengan wujudnya mimpi semalam, aku tersedar dari lamunan..aku tersedar yang tanggungjawab aku sangat2 besar di dunia ini..bukan sahaja menjadi seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang pelajar, seorang kawan dan sahabat, seorang lain2 lagi..tapi yang paling penting, aku adalah seorang HAMBA, seorang KHALIFAH!!!! aku lupa!!! aku lupa!!! aku juga manusia biasa ya Allah..Kau ampunilah aku...


sesungguhnya mimpi semalam mengajar aku adakah aku bersedia sekiranya benar apa yang aku mimpi semalam terjadi di Malaysia?? adakah aku bersedia untuk melawan musuh-musuh ISLAM??? adakah aku telah bersedia dengan semua itu??? insyaAllah...aku akan berusaha ke arah itu..moga pertolonganMu sentiasa dekat dengan aku..ameen...

Wednesday, June 08, 2011

TAKUT???

1st case:
tup tap tup tap, rupa-rupanya dah almost 18 hari dah duk umah?? lama lagi cuti... tak sabar nak puasa bulan ramadhan nie, then, raya!!! 1st tyme puasa penuh kat umah tau...perasaan?? mesti lah BEST!!! bukan senang nak dapat cuti lama2 cam nie..bila dah masuk clinical years lagi la tak banyak cuti..keje?? lupakanlah :(


cuti lama memang best, tambah2 bila dapat spend masa ngan family sama2..tapi yang bahayanya, iman makin "gelong"..susah nak jaga kesihatan iman bila dekat rumah..kadang2 sedih pulak rasanya..manakan tidak, bila duk asrama boleh je tambah amal ibadat, tapi bila jasad dah duk kat umah, kenapa susah sangat cik yana oiiii???? ingat!!! dengan amal ibadat la bekalan kita nak jumpa Allah s.w.t. kelak...huhu...


sebab tu ramai org cakap duk umah lama2 nie bahaya!!! 


btw, right now, i'm still in the process to make sure my "mutaba'ah amal" lengkap..even susah, of course i will TRY MY BEST...insyaAllah, hopefully, Allah akan permudahkan segalanya..ameen :D


2nd case:
kenapa aku takut?? sebb bila aku bukak je page nie, aku jadi tension kejap..huhu..bukan sebab apa, sebab apa yg diorang bincang aku jadi blur..huhu..dah la exam pro aku baru2 nie pown cukup2 makan..xde la mcm kawan2 aku yg lain..tip top ok!!!


tp, aku tetap bersyukur sebab Allah makbulkan doa aku terutama sekali aku nak ucapkan berbanyak2 terima aksih to my lovely parents sebab tak putus2 berdoa semoga aku pass..thanx u sooooo muchhhh...


berbalik kepada page yg aku "link'kan  kat atas td..ye, aku akui aku akan hadapai kes yang lagi dasyat bila aku masuk hospital..cumanya maybe aku masih belum betul2 bersedia untuk masuk hospital..maklumlah ilmu di dada masih seciput!! cam mana nak masuk spital!!! 


btw, aku doakan 2 org kawan aku yg aka re-sit exam tak lama lagi akan lulus dengan cemerlang..semoga kita 1 batch sama2 masuk clinical years dan grad sama2..ameen...


YA ALLAH, AKU MOHON PADAMU AGAR KAU BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA KAMI 1 BATCH (13TH LEGACY)..SEMOGA KAMI DAPAT MENJADI DOKTOR YANG BERIMAN, SOLEH DAN SOLEHAH...

Monday, June 06, 2011

nyum-nyum

jeng jeng jeng.....


apa la agak-agaknya post kali nie..siap tittle "nyum-nyum lagi"!!!!


well, apa lagi, mestilah pasal MAKANAN!!!


ari nie, buat pengetahuan DUNIA, aku berjaya masak kot..1st time tau masak benda nie...alhamdulillah 90% berjaya!!! lagi 5% hilang mana pulak chef yana oiiii???? ala, adat la tue, no one is perfect!!! antara sebab2 xperfect:

  • guna tepung gandum jer, xguna tepung roti, so, roti dia kureng ckit la...waktu nak buat, baru sedar, tepung rot xde..hahaha
  • roti tebal sangat..kena nipiskan sikit..hehe
  • xde sayur2!!! so, xbrapa nak sihat sikit..bukan xnak letak, tapi bukak2 peti, tengok sayur campur, dah bau semcam je..xnak la masuk, nte sakit perut pulak...
  • nak kena lebihkan sos ngan cheese lagi, baru ada uuummmppphhhhh!!!!


apa2 pown, aku rasa sangat seronok sebb makanan yg aku masak tadi dipuji, sodapp!!! tp of kos la ngan bantuan my luvly mum, thanx ma sebb sudi tolong ajar kakak masak :D

nak tengok apa makanan yg aku masak tadi???

malula pulak!!!(tapi mahu)

taraaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


(takde la nampak sedap macam kat pizza hut, tapi at least aku belajar wat sendiri tau!!!)

lupa pulak nak amek gambar bila dah potong slice..

btw, sape nak resepi, silalah mintak ye..malas pulan nak taip panjang2..hehe..

Sunday, June 05, 2011

SyUkUr

dengarlah dengan hati yang betul2 berserah kepada Allah s.w.t.



tiba-tiba, pagi nie aku terasa nak dengar ceramah ustaz asri..cari punya cari, finally, tajuk nie yang aku pilih..walaupun dah banyak kali aku dengar, tp setiap kali aku dengar, setiap kali hati aku tersentuh..memang benar apa yg dikatakan olehnya..

"RAMAI ORANG YANG TERSALAH SANGKA DENGAN MAKSUD KETENANGAN DALAM HIDUP"

manusia manusia!! nama pun manusia!!! memang tak heranlah harta yang menjadi buruan..secara jujurnya, aku pun macam tue..aku rasa tak semua orang dapat lari dari mengejar harta dunia..nak tak nak, kita perlukan semua tue di dunia ini..tapi ingatlah kawan2 dan aku sendiri, MODERATION IS THE BEST!!! janganlah berlebih-lebihan dalam mengejar dunia, kerana akhirat itu kekal selamnya..tak semua orang yang BERHARTA itu BAHAGIA!! tak semua orang MISKIN itu TAK BAHAGIA..

apa yang penting adalah syukur..tak ramai yang berjaya memupuk sifat syukur dalam diri masing-masing..tak semua yang berjaya memupuk sifat syukur di kala susah dan senang..kebanyakannya hanya ingat Allah di kala susah, apabila Allah telah memberi kejayaan kepadaya, lupa semua..lupa yang apa yang dimiliki adalah milik Allah s.w.t..janganlah sampai kita menjadi kufur nikmat!! takut-takut bila Allah ambik balik semua nikmat2 tue, kita tersentap!!! wallahu'alam..

::Lirik lagu 'ERTI SYUKUR' by UNIC::

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...

Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu

Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui


Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa






Friday, June 03, 2011

ADAM vs. HAWA

::bUaTmU kAuM aDaM::

Wahai lelaki.....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,

Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,


Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,


Jangan jinakkan mereka dengan harta,

Kerana dengannya mereka akan liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
Nantinya mereka akan derita,
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal,
Disitulan punca kekuatan dunia,


Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,

Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak,
Suburkanlah kerana dari situ nantinya.... ...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi,


Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan,

Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidak mengenal Rabbnya,


Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara,
Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan,


Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi....... ...

Pimpinlah diri kepadaNya... ..
Jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu,
Jangan mengharap isteri semulia Fatimah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali


Hati ini milik Allah, diciptakan Allah, hanya untuk menyintai Allah






::bUaTmU kAuM hAwA::



,
andai engkau masih remaja,
jadilah anak yg solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
andai engkau belum berkahwin,
janganlah kau risau jodohmu,
 ingatlah janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman,
 maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA,
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang warak juga,
tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
yakni sebuah perkahwinan.
HAWA,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH,
yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu,
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
Cintailah keluargamu,
kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia,
juga mengoncangkan iman lelaki..



P/s: buat kaum hawa, jadilah bunga ros yang berduri..kejarlah cinta Allah s.w.t. kerana cintaNya kekal untuk selama-lamanya..jangan biarkan dirimu dinodai kerana martabat seorang wanita amat tinggi disisiNya..


"tatkala tiada lelaki yang memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan 

martabatmu, menggugurkan diri, menyembah tanah..sesungguhnya engkau telah Allah

 jadikan begitu tinggi martabatmu"


buat kaum adam, didiklah isterimu mendekati Allah s.w.t bukan hanya dengan memberikan kemewahan dunia semata-mata, tetapi ajarlah mereka ilmu-ilmu Allah s.w.t., setidak-tidaknya dapat menambah amalan bekalan ke akhirat kelak..insyaAllah, ke syurga akhirnya :)


~Specially dedicated to KAUM HAWA~

click --->>> ::KEGUNDAHAN KAUM ADAM TERHADAP KAUM HAWA::