Thursday, January 03, 2013

Kenapa hati aku takde apa2 perasaan LANGSUNG?

Di saat aku rasa kosong, habis semua orang aku mesej. Tapi, aku lupa untuk sampaikan mesej aku ini pada Dia. Aku lupa di antara ramai-ramai orang yang aku mesej tu, hanya Dia yang paling tahu akan perasaan pada ketika itu.

Rutin aku setiap hari pergi ward, balik petang, makan, tengok movie, study. Tapi, kadang-kadang aku tak faham pun dan tak ingat pun apa yang aku baca. Ibaratnya macam baik tak payah baca. Benarlah, aku dapat rasakan, hati aku sekarang benar-benar kosong. Takde apa-apa langsung. Pernah terdetik dalam hati aku, mungkinkah ini balasannya Allah nak bagi dekat aku sebab aku keluar dari bulatan gembira?

Lewat malam semalam, 2 mesej masuk.

Mesej pertama:
Aku : B, apesal aku rasa kosong ni? Belajar pun tak masuk.. Belajar untuk exam, pastu lupa. Sebab aku
         kuar usrah ke?
B     : Oh. Kenapa ko kuar usrah?
Aku : Ntah la. huhu. Sedih.
B     : Erm, bagi aku, usrah la tempat aku recharge iman balik. Neutralkan hati dan perasaan bila dah penat
         belajar. Duduk sharing lepas tuntutan dunia. Usrah tu keperluan kalau untuk aku la. Kalau takde usrah,
         aku lagi rasa kosong. Hati macam bukan milik Allah dah. Rasa jauh dari Dia.
Aku : Apa yang aku rasa sekarang kosong sangat-sangat. Baca tak masuk langsung.
B     : Allah nak sampaikan sesuatu melalui tu kot. Find Him back. Bila kita terlalu letih dengan dunia, cari la
         masa untuk beriman sejenak. Cari usrah balik. :)

Mesej kedua:
Aku   : Salam. Akak, maaf ganggu malam2. Yana tak tau nak kat sape nak luahkan perasaan. Yana rasa
           kosong sangat akak. Kosong. Pegi ward, balik bilik belajar, tapi kadang2 tak paham and tak ingat
           pon apa yang yana baca. Akak, ni balasan Allah sebab yana kuar usrah ke kak? Akak, yana tak tau
           nak buat apa dah.
Akak : Wsalam. Yana ingat 1 benda. Bila seluruh dunia tak lagi sudi pada kita, Allah masih buka pintu untuk
           kita kembali padaNya. Allah tak pernah menzalimi kita. Kita je yang selalu menganiaya diri. Dan
           bersyukur la bila kita dah mula rasa kosong, sebab waktu tu Allah sedang panggil kita :) Yana rebuild
           semula mutabaah ya. Jangan sedih, jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita :)

Pesanan terakhir dari aku;
Buat kawan-kawan di luar sana dan diri aku sendiri. Sekiranya kita telah melibatkan diri dalam bulatan gembira, cubalah untuk beristiqamah. Jangan cepat mudah rasa jemu kerana takut diakhirnya kita akan menyesal seumur hidup. Aku tak nak perkara ni berlaku dekat kawan-kawan, sebab tu aku kongsi apa yang aku alami sekarang. Tapi, aku bersyukur sebab aku masih diberikan rasa kosong itu, supaya aku sedar yang Allah merindui aku sebenarnya. Buat kawan-kawan yang masih belum ada bulatan gembira, join la. Aku yakin pengalaman itu takkan dapat kita beli dekat mana-mana pasaraya sekalipun. Sebab, apabila duduk bersama-sama, satu semangat baru akan timbul darlam diri. Dan yang pasti itulah kekuatan yang Allah pinjamkan sebentar kepada kita.

Wednesday, January 02, 2013

Ya Allah

Ya Allah.
Sungguh mudah aku menyebut namaMu.
Tapi sungguh susah untuk aku mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu.

Ya Allah.
Aku hanya mengingatiMu tatkala aku susah.
Tapi, bila Engkau memberi kesenangan kepadaku, sungguh mudah untuk aku lupakanMu.

Ya Allah.
Kau tak pernah jauh dariku walau sesaat.
Tapi, aku selalu jauh dariMu.

Ya Allah.
Mulut mudah mengatakan aku rindu padaMu.
Tapi, perbuatan tidak menunjukkan aku cinta padaMu.

Ya Allah.
Engkau selalu berada di sisiku.
Tapi, aku?? Aku selalu tak sedar akan kehadiranMu.

Ya Allah.
Ketika aku keseorangan, Kau telah memelihara aku dengan baik sekali.
Tapi, bila Engkau keseorangan, tidak terlintas dalam hati aku untuk memujukMu.

Ya Allah.
Sungguh, aku rindukan diriMu.
Aku rindukan saat berdua denganMu.
Saat di mana hanya Engkau dan aku sahaja.
Saat di mana Engkau mendengar apa sahaja yang aku luahkan padaMu. 
Saat di mana Engkau redha dengan apa sahaja perlakuan aku ketika itu.
Saat di mana aku dapat meluahkan semua isi hati aku yang terpendam.
Saat di mana sungguh mudah air mataku berguguran di muka bumi ini.
Saat di mana aku dapat rasakan kasih sayangMu.
Sungguh ya Allah.
Aku rindukan saat-saat itu