Thursday, January 03, 2013

Kenapa hati aku takde apa2 perasaan LANGSUNG?

Di saat aku rasa kosong, habis semua orang aku mesej. Tapi, aku lupa untuk sampaikan mesej aku ini pada Dia. Aku lupa di antara ramai-ramai orang yang aku mesej tu, hanya Dia yang paling tahu akan perasaan pada ketika itu.

Rutin aku setiap hari pergi ward, balik petang, makan, tengok movie, study. Tapi, kadang-kadang aku tak faham pun dan tak ingat pun apa yang aku baca. Ibaratnya macam baik tak payah baca. Benarlah, aku dapat rasakan, hati aku sekarang benar-benar kosong. Takde apa-apa langsung. Pernah terdetik dalam hati aku, mungkinkah ini balasannya Allah nak bagi dekat aku sebab aku keluar dari bulatan gembira?

Lewat malam semalam, 2 mesej masuk.

Mesej pertama:
Aku : B, apesal aku rasa kosong ni? Belajar pun tak masuk.. Belajar untuk exam, pastu lupa. Sebab aku
         kuar usrah ke?
B     : Oh. Kenapa ko kuar usrah?
Aku : Ntah la. huhu. Sedih.
B     : Erm, bagi aku, usrah la tempat aku recharge iman balik. Neutralkan hati dan perasaan bila dah penat
         belajar. Duduk sharing lepas tuntutan dunia. Usrah tu keperluan kalau untuk aku la. Kalau takde usrah,
         aku lagi rasa kosong. Hati macam bukan milik Allah dah. Rasa jauh dari Dia.
Aku : Apa yang aku rasa sekarang kosong sangat-sangat. Baca tak masuk langsung.
B     : Allah nak sampaikan sesuatu melalui tu kot. Find Him back. Bila kita terlalu letih dengan dunia, cari la
         masa untuk beriman sejenak. Cari usrah balik. :)

Mesej kedua:
Aku   : Salam. Akak, maaf ganggu malam2. Yana tak tau nak kat sape nak luahkan perasaan. Yana rasa
           kosong sangat akak. Kosong. Pegi ward, balik bilik belajar, tapi kadang2 tak paham and tak ingat
           pon apa yang yana baca. Akak, ni balasan Allah sebab yana kuar usrah ke kak? Akak, yana tak tau
           nak buat apa dah.
Akak : Wsalam. Yana ingat 1 benda. Bila seluruh dunia tak lagi sudi pada kita, Allah masih buka pintu untuk
           kita kembali padaNya. Allah tak pernah menzalimi kita. Kita je yang selalu menganiaya diri. Dan
           bersyukur la bila kita dah mula rasa kosong, sebab waktu tu Allah sedang panggil kita :) Yana rebuild
           semula mutabaah ya. Jangan sedih, jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita :)

Pesanan terakhir dari aku;
Buat kawan-kawan di luar sana dan diri aku sendiri. Sekiranya kita telah melibatkan diri dalam bulatan gembira, cubalah untuk beristiqamah. Jangan cepat mudah rasa jemu kerana takut diakhirnya kita akan menyesal seumur hidup. Aku tak nak perkara ni berlaku dekat kawan-kawan, sebab tu aku kongsi apa yang aku alami sekarang. Tapi, aku bersyukur sebab aku masih diberikan rasa kosong itu, supaya aku sedar yang Allah merindui aku sebenarnya. Buat kawan-kawan yang masih belum ada bulatan gembira, join la. Aku yakin pengalaman itu takkan dapat kita beli dekat mana-mana pasaraya sekalipun. Sebab, apabila duduk bersama-sama, satu semangat baru akan timbul darlam diri. Dan yang pasti itulah kekuatan yang Allah pinjamkan sebentar kepada kita.

10 comments:

shahira ismail said...

..=)
semoga ditunjk jalan yang tebaek ansari..
sangat merindui teman 'seperjuangan'..

Nur Liyana said...

@shahiraismail merindui kamu2 jugak..sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tau betapa saya rindu teman2 yang bersama2 saya dulu..saya rindu k.syar =(

sakinah said...

salam sis syg..
ohh..sihat?
lama rasanya tak singgah di sini.
seronok bukan bulatan gembira itu.
moga usrah itu mampu penuhkan semula kekosongan dalam hati awak.
moga dipermudahkan atas urusan dunia.
Percayalah..langkahan-langkahan usaha itu turut disertai Al-Khaliq.
never lose hope.

bittaufiq wannajah sis fil islam.<3

Nur Liyana said...

@sakinah
terima kasih kerana sudi jenguk blog ini. huhu..
Alhamdulillah, sy sihat je di sini..awak sihat?
tapi sekarang saya tidak lagi berbulatan gembira =(

sakinah said...

saya sihat.alhamdulillah.ehh..awk..kenapa awk tak lagi berbulatan gembira?maaf sebab bertanya.ohh satu lagi.hee.saya suka baca blog awk.terus berusaha ea.moga Allah bantu awk sentiasa.(:

Nur Liyana said...

@sakinah
ntah la. susah nak explain. mungkin hati ini terlalu sensitif dan mudah sangat terasa. tapi, lepas je keluar dari bulatan gembira, ternyata jiwa ini kosong. dan satu lagi kalau nak join balik sekarang, mana mungkin saya boleh masuk bulatan yang sama kan? sebab dah lama ditinggalkan. dah banyak benda yang tinggal. mungkin itu juga menjadi halangan. *mungkin sebagai alasan jugak* huhu. doakan saya ye. moga saya jumpa jalan yang sya cari selama ini. dan terima kasih jugak atas doa awak. saya turut doakan Allah sentiasa meredhai perjalanan awak di dunia ini. inshaaAllah

Anonymous said...

assalamualaikum ..terima kasih atas tuan punya blog atas kata2 nya ... semoga allah merahmati kamu

Nur Liyana MN said...

@anonymous
wa'alaikumusslam..semoga kamu dalam rahmat Allah jua. ameen

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.
Sy skrg tgh rasa sedih, risau semua ada. Macam mana nk buat ya bila sy rasa tawar dgn usrah, rasa nk quit usrah.. sbb makin bertambah tanggungjawab dan komitmen terhadap pelajaran dan hal universiti.. Tapi sy buntu.. Boleh bg nasihat utk sy.. Jzkk

Nur Liyana Md Noordin said...

Wa'alaikumussalam Sis Anonymous.

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi membaca blog ni. Dah lama rupanya sy xupdate. Doakan sy update nanti. InsyaAllah. Sebenarnya banyak benda nak tulis tapi.... Hehe

Saya bukanlah org yg sesuai utk memneri nasihat. Tapi berbekalkan secebis pengalaman sy sndiri, mungkin sy boleh share sikit. Sebenarnya sy menyesal yg teramat sangat bila sy keluar usrah satu masa dulu. Seriously. Kalau nak compare, sesibuk mana pun sy dulu waktu still join usrah, alhamdulillah semua benda yg sy buat mesti berjaya. Maksudnya walaupun kadang2 saya rasa sy tak mampu, tak cukup masa and etc, tapi rupa2nya pertolongan Allah sentiasa ada, sama ada kita sedar atau tidak. Once sy dh quit, jiwa mmg rasa kosong, mutabaah amal yg dulu dibanggakan habis kelaut.

Sis, hidup di uni mmg busy. Tapi bila kita kerja lg busy. Takutnya bila kita dh keluar usrah, xde sape nak ingtkan kita tentang Islam, Iman, dunia, akhirat, syurga, neraka. Sbb tu pentingnya usrah sis. Baca artikel, website, majalah agama, xsama dgn usrah.

Sebenarnya sis, makin kita rapat dgn Allah, makin Allah dekat dgn kita.

Nasihat sy, jgn berhenti. Teruslah mengejar cintaNya dan sy yakin Allah takkan menzalimi hamba2Nya yg sentiasa berdakwah dijalanNya. Malah percayalah, Allah akan turunkan pertolongan tanpa henti.