Tuesday, July 31, 2012

End Of Year 3 Session 2011/2012....Now Waiting for Year 3 Session 2012/2013



Alhamdulillah, tamat sudah exam aku tadi. Alhamdulillah both long case and short case dapat doc yang sangat2 baek, cuma yang risaunya adalah teori exam. Sangat susah. Apa-apa pun, aku dah cuba buat yang terbaik, aku dah cuba berusaha setakat mana yang aku mampu. Kini, masanya telah tiba untuk aku serahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t untuk menilai adakah aku layak untuk diberi PASS atau sebaliknya, na'uzubillah, kerana aku yakin Dia Yang Maha Mengetahui.

Tamatnya exam ini juga bererti aku sudah makin menghampiri untuk bertemu kawan2 baru bulan 9 nanti. Macam2 perasaan ada, takut + gembira, sume ada. Maklumlah, kawan2 baru aku ni pandai2, siapa la aku nak dibandingkan dengan mereka. Tapi one thing for sure, aku mesti belajar something from them. Kalau mereka budak bijak pandai, aku mesti jadi bijak pandai. Kalu mereka seorang yang berani bercakap di hadapan, aku pun mesti berani macam mereka. Apa2 pown, semoga Allah permudahkan perjumpaan aku dengan mereka dan semoga aku dapat "masuk" dengan geng baru aku. InsyaAllah ameen.

Sebenarnya, ari nie tiba2 je aku rasa macam nak cerita balik pasal exam posting2 yang lepas. urmmm...

Started with SURGICAL posting..


- surgery sebenarnya best tapi mungkin disebabkan surgeon2 nie, egonya tinggi menyebabkan student takut dengan mereka.
- aku suka surgery sebab aku suka masuk dewan pembedahan.
- kalau kawan2 nak tau, waktu exam surgery, aku dapat long case dengan mr. zailani, kes acute pyelonephritis. Tapi, aku memang akui aku tak boleh nak perform sangat sebab aku tak berapa baca tajuk ni. Sekali exam dapat tajuk nie pulak. [padan muka aku..dush3] waktu habis exam long case dengan mr.z, aku dah dapat rasakan yang aku akan fail. Untuk short case pulak aku dapat chest tube ngan mr. nazli. Dia sangat baik dan alhamdulillah aku boleh la buat ckit2.
- bila result kuar, aku tak terkejut pun aku fail sebab memang aku expect awal2. Tapi ye la, sape yang nak fail?? Sume aim pass!!! Kesedihan aku tak lama sangat sebab aku tak suka orang tengok aku pelik. So, bila result dah kuar tu, aku hanya mengadu pada Allah s.w.t. sahaja. Mungkin ramai yang nampak aku cool, tapi jauh di sudut hati aku, aku sedih, sedih yang amat sangat. Apa2 pun, aku terima takdir ini dengan hati yang terbuka.


Next posting was INTERNAL MEDICINE..


- IM??? stress sebab banyak sangat penyakit yang nak kena cover. Dah la aku baru dapat result surgical posting. huhu..Tapi aku suka gak IM sebab doc2 IM sangat baik dan nak mengajar!! Ward round paling best. Banyak belajar.
- dukacitanya, aku tak suka IM sebab aku bukan jenis yang baca 24 hours. Lagipun IM nie just dok kat ward je. Tak macam surgery, kena bedah2 orang..hihi
- kalau kawan2 nak tau jugak, waktu exam IM, aku dapat long case ngan doc nik. Terkejut?? Haruslah!! Tapi apakan daya, semuanya datang dari Dia. Dah memang tertulis dekat laut mahfuz aku akan dapat exam dengan doc nik. Aku dah seronok bila dapat tau kes aku acute coronory syndrome (ACS) sebab aku dah pernah present dekat doc marzuki lengkap. Tapi, bila doc yang ditunggu-tunggu adalah doc nik, sekali lagi harapan aku hancur. Aku tak salahkan dia aku fail IM. Betul, aku jugak salah sebab lemah teori. Tapi, apa yang aku kesalkan adalah aku pernah present case tu dan case tu senang. Tapi, apakan daya, aku hanyalah manusia biasa. Aku tak boleh melawan takdir. Betul, aku tak tipu, kadang2 aku cemburu melihatkan rakan2 dapat doc yang baik2, especially for both long case and short case. Apa2 pun, aku redha ya Allah degan ketentuanMu. Sekali lagi lepas habis long case dengan doc nik, aku dapat rasakan aura aku fail. Next is short case with doc anis. Baik sangat. Dia siap pesan dekat aku "you're good liyana. but you need more practice on presentation. keep on practice!!" Aku akan ingat nasihat dia sampai bila2.
- result pown keluar, and aku lagi sekali tak terkejut kalau aku tengok nama aku tertulis fail. Buat pengetahuan semua, aku tak pergi tengok pown result. Aku suruh kawan yang tolong tengokkan sebab aku ada aura. Kawan aku pun called and she said, be strong yana!! And definitely I knew my result!!! Selagi lagi aku diuji oleh Dia. Waktu dapat phone call, aku dekat ward, nak pergi clerk patient. Lepas dapat tau result, terus aku balik bilik dan menangis sepuas-puasnya sampai bengkak mata aku keesokannya. Ya Allah, sungguh berta ujianMu kali ini. Tapi, sekali lagi aku terpaksa terima dengan hati yang terbuka.
- 2 posting aku fail and it means I have to repeat year 3 again in this coming september!!!

3rd posting was O&G..


- aku kena sambut 10 kelahiran and I managed to finish it at 7th week.
- aku mentee dr ziana yang sangat sweet dan comel.
- aku dapat exam long case dengan Prof Zalina. Best!! Sangat ambil berat pasal social life patient. Aku salute dia sangat2. Short case aku dapat ngan Dr. Muna.
- result?? Alhamdulillah, akhirnya aku pass [walaupun pass posting xde makna apa2 melainkan hanya dapat membuktikan kepada kawan2 aku juga mampu lulus sepertimana mereka pass dalam semua posting]

Last posting wast PAEDIATRIC..


- best sebab suka main dengan budak2 comel
- exam?? Long case dengan dr abg nagi and short case with dr taufiq
- result?? baru habis exam..huhu


~Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah s.w.t~ 




Friday, July 27, 2012

I'm falling in love


with this song <3

IFTAR BATCH





Alhamdulillah, ari ni saya diberi kesempatan untuk sama2 join iftar batch kitorang yang diadakan dekat multi-purpose hall (MPH), kuliyyah of medicine (KOM). Kali ni saya berjaya hadirkan diri di kalangan orang2 yang terawal!!! (bangga kejap..hihi) 



Acara bermula dengan hamparan tikar oleh golongan brothers yang datang awal. Kemudian, sesi tadarus al-quran. Bukan setakat baca saje tau, tapi fahamkan maksudnya sekali (tafsir la maknanya..) Sebahagian sisters sibuk "menghidangkan" makanan di belakang (padahal makanan siap dalam polistrin dah, cuma main pass2 je..hehe). Ada yang buat air (air tak cukup!!wawawawa..sedap la air sarsi tadi..sape yang wat?? boleh kawen dah..hihi). Ada yang tolong potongkan buah tembikai. Macam-macam la. Alhamdulillah, sume bekerjasama. Sebab tu saya sayang batch saya (sayang sangat!! tapi apakan daya, saya terpaksa berundur diri selepas ni. Tapi korang jangan la lupakan saya pulak tau. Doakan saya supaya perjalanan saya selepas ini lancar tanpa sebarang masalah ye kawan2).

Beberapa minit selepas kitorang bertadarus, azan maghrib pun berkumandang. Sume orang sibuk berbuka. Ada yang berbuka dengan air dulu. Ada yang berbuka dengan makan kurma dulu. Saya??? urm..saya berbuka dengan air je sebab tak makan kurma. Tak boleh nak telan kurma tu. Tak tau kenapa (walaupun kita disunnahkan berbuka dengan kurma terlebih dahulu, tapi apakan daya, saya tak mampu. Dah banyak kali cuba, tapi asyik gagal je setiap kali nak makan kurma). 



sunnah tau bukak puasa ngan kurma dulu

dulu xsuke tembikai,
sekarang dah jadi kawan baik..hihi
apam comel pon ada..suka3











air sarsi yang sedap

Kemudian, selepas berbuka dan masing2 kenyang, sume orang sibuk bergerak ke surau KOM (dahulunya dipanggil masjid KOM) untuk menunaikan solat fardu maghrib secara berjemaah, diikuti solat hajat (kitorang nak periksa minggu depan. Exam last posting untuk year 3), sedikit tazkirah, solat isyak dan solat tarawih berjemaah. InsyaAllah, banyak pahala kalau solat jemaah. Tambah2 pulak bulan ramadhan nie.


banyak pahala kalau solat jemaah. sama2 kita praktiskan. isnyaAllah boleh!!!

Selepas solat maghrib, saya ada meeting kejap dengan bos besar, penolong bos besar, bendahara  dan setiausaha comel =) Kalau korang nak tahu, saya nie bendahari untuk biro kebajikan batch saya. Kitorang sempat bincangkan apa aktiviti yang kitorang nak buat sebab tahun nie kitorang xde aktiviti apa2 pown. (I'm really hope that I can join you guys) Saya nak join program yang korang buat. Harap2 korang buat program tu waktu saya free. Al-maklum la, lepas ni cuti kita dah tak sama. Lain sangat2 dah.



hidup WELFARE!!

Akhir kata, moga ini bukan perjumpaan akhir saya bersama2 dengan ahli batch saya. Moga Allah temukan kita lagi di lain masa. Moga Allah permudahkan urusan saya untuk join apa2 sahaja program yang korang arrange bila2 nanti. Semoga ukhwah kita kekal selama-lamanya. InsyaAlah sampai ke syurga. Saya doakan semoga kita semua berjaya dalam exam last posting ni dan saya juga mengahrapkan agar kawan2 mendoakan kejayaan saya dan rakan2 yang senasib dengan saya. Semoga kami terus kuat dan tabah untuk menghadapi ujian ini.

TAK LUPA JUGA BUAT SESIAPA YANG SPONSOR MAKANAN IFTAR TADI, SEMOGA BERKAT SEDEKAH ITU, KORANG BEROLEH PAHALA DAN INSYA-ALLAH, ALLAH MURAHKAN LAGI REZEKI KORANG. AMEEN..





*mode: saya perlukan kata2 semangat dari adik saya*
aku jua merinduiMu 


Thursday, July 26, 2012

AdaMu







Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia


Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu



Wednesday, July 25, 2012

alhamdulillah atas segalanya

Alhamdulillah.
Akhirnya, hampir 5 bulan aku tunggu ya Allah. 5 BULAN!!!
Masa yang sangat lama bagi aku.
Tanpa penat dan lelah. 
Walaupun kadang kala mungkin tanpa ku sedari, bibir ini mengeluh.
Mengapa aku yang terpilih dikalangan hamba-hambaMu yang berjuta-juta di dunia ini untuk menerima ujian ini. 
Mengapa aku???
Apakah yang ada pada diriku sampaikan Engkau memilih diri yang sangat lemah ini???
Apakah diri aku ini istimewa daripada kawan2 aku yang lain???
Ya Allah, ampunkan aku kerana aku tidak menjaga tutur kataku. 
Ampunkan aku kerana aku tidak menjaga kata hatiku. 

Setiap kali ujian bertandang, kadang-kadang membuatkan diri ini lemah sangat sampaikan aku rasakan aku perlu mengundur diri. 
Sampaikan aku rasakan mampukah aku untuk teruskan dalam perjalanan yang penuh cabaran, onak dan duri ini. 

Tetapi ya Allah.
Setiap kali Kau uji aku, hanya senyuman yang mampu aku berikan kepada semua walaupun hati aku menangis teresak-esak.
Kerana aku hanya HambaMu yang hina.
Aku hanya hambaMu yang lemah.
Kerana aku hanya HAMBAMu.

Setiap kali ujian itu tiba juga.
Sepenuh pengharapan ku letak padaMu. 
Sepenuh kepercayaan kuberikan padaMu. 
Atas segala ujian yang Kau turunkan kepadaku.  
Kerana aku yakin ada sesuatu yang ingin Kau berikan padaku.
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Kau sembunyikan daripadaku. 
Kerana aku yakin PASTI ada HIKMAH di sebalik semua ini.

Ya Allah. 
Aku bersyukur padaMu.
Kini aku telah mula nampak sinar disebalik setiap ujianMu. 
Aku telah mula nampak hikmah disebalik ujianMu.

Sungguh.
Engkau Maha Adil. 
Engkau Maha Mengetahui. 
Engkaulah segala-galanya. 

Ya Allah.
Semoga Kau terus menyinari hidup aku.
Semoga Engkau terus bersamaku setiap saat dalam hidupku.



saya sayang Allah s.w.t.





my luvly "adik" membuatkan saya jatuh hati dengan ayat 1000 dinar ini.
my luvly "adik" jugak telah membuktikan bahawa once kita letak 100% kepercayaan kita kepada Allah, so, kita tak perlu risau lagi sebab Allah PASTI akan bantu kita.
my luvly "adik" jugak membuatkan saya menitis airmata tatkala saya membaca entry "ini cerita nur" dekat blog dia, hanya kerana ayat 1000 dinar ini.
akhir sekali, saya sayang adik saya <3 <3 <3








Wednesday, July 18, 2012

ye. saya kuat cemburu

saya rindu dia
saya sayang dia

tapi,
saya tau dia ada orang lain yang lebih baik di sana daripada saya
saya tak kisah
tapi kadang-kala perasaan melebihi segala-galanya

betul!
saya cemburu
cemburu dengan keakraban mereka
cemburu kerana saya tidak pernah rapat dengan dia sepertimana dia rapat dengan mereka
saya tidak pernah mengungkap perkataan "sayang" padanya
tapi jauh di sudut hati saya, sungguh! saya sayang dia dunia akhirat..

syukur,
saya masih ada orang lain yang bersama-sama saya
saya masih ada Allah yang boleh berada disamping saya
saya masih ada Allah yang boleh menemani saya di kala hati ini sunyi
saya masih ada Allah yang boleh menyejukkan hati saya di kala hati ini terlalu cemburu
ye..saya masih ada Dia

betul,
Allah sangat baik
Allah sangat best

ya Allah,
kau kuatkankanlah hati aku
kerana sememangnya aku akan berhadapan dengan dia seumur hidup aku
perasaan sayang aku takkan pernah luntur buat dirinya
kerana aku sayang dia seumur hidup aku

kuatkan aku ya Allah..

Monday, July 16, 2012

S.A.D

Alhamdulillah..
masih lagi diberi nafas sehingga ke hari ini..
semakin dekat dengan ramadhan, semakin takut diri ini..
*macam tak pernah sambut ramadhan pulak dia..huh
bukan apa, dah ready fizikal, mental nak sambut ramadhan??
dah sedia nak bangun 1/3 malam tiap2 hari untuk bertemu denganNya??
*sangat2 memerlukan mujahadah yang kuat..insyaAllah..aku akan cuba melawan nafsu syaitan nie..

Terima kasih Ya Allah...
kerana masih memanjangkan umur aku untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang..
terima kasih kerana masih memeberi peluang kepada aku untuk terus menjadi hambaMu yang osem!!
terima kasih kerana Engkau selalu dekat denganku..

ARE YOU READY TO FACE THIS COMING RAMADHAN????

tapi, kenapa cik liyana sedih???
urm, habis sume gambar2 dalam belog nie takde!!
T.E.N.S.I.O.N...
sekarang nie sibuk nak exam..
mungkin lepas exam baru boleh buat apa yang patut..
maaf la kepada sesape yang baca blog ni, tapi sume gambar dah gone!!!
*masalahnya, ada ke orang nak baca belog kamu cik liyana??hihi

Sunday, July 15, 2012

CONGRATULATIONs!!!

alhamdulillah...

terima kasih Allah kerana masih panjangkan umur aku sehingga saat ini..
moga aku dapat bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..
insyaAllah..

tahniah buat Amirah Noordin dan bff dia, Hafizah Razak kerana berjaya menjadi pelajar perubatan..moga jalan yang korang berdua pilih ni akan diredhai Dia..kakak doakan korang kuat dalam bidang ini...bukan Allah sengaja meletakkan korang dalam bidang ini, tetapi dia yakin korang akan jadi insan yang hebat suatu hari nanti..moga kita bertiga dapat menjadi DOKTOR MUSLIMAH YANG HEBAT ye adik-adikku..

buat pijah, sila la datang ke besut lagi ye...


Sunday, July 08, 2012

I.S.T.I.Q.A.M.A.H

dia dah berubah liyana!!!
dah banyak sangat!!
bila turn kamu pulak???

ya Allah, 
hampir luluh jantung aku bila aku tengok gambar terbaru dia...
betul ke dia adik aku??
betul ke dia adik aku???
adik aku???
macam tak percaya...
tapi itulah hakikat yang sebenar...
dia sangat cantik..
sangat manis...
dengan tudung labuh itu...

ya Allah, 
aku ingin menjadi seperti dia...
aku ingin sekali mengikut jejak langkah dia...
aku nak bersama-sama dia dalam jalan yang dia pilih..

tapi,
mampukah aku??
mampukan aku menjadi seperti dirinya???
mampukah aku istiqamah di jalan itu???

saya sayang kamu <3 <3 <3
semoga kamu istiqamah ye :)
*maaf curi gambar kamu dari kamu punya FB...


Saturday, July 07, 2012

terima kasih untuk segalanya =)

hari ni dah 7 julai 2012??
cepatnye masa berlalu...
dulu baru januari, sekarang dah julai!!!
nanti dah nak masuk 2013..
moga kita semua dipanjangkan umur untuk terus beribadah kepadaNya...

tapi, kenapa dengan 7 julai??
hari special kah??
ke empunya diri nak bertunang hari ni???
*opss..terperasan la pulak..nie sebab jeles tengok irma kawen la ni..ish3
urmmm....
kejap nak tengok diari...

eh, mane pulak diari ni hilang???
hehe..


jeng jeng jeng!!!!
eh, sape nie???
tak kenal pon!!
tapi macam pernah tengok kat entri sebelum2 nie kan???






DIA ADALAH SESEORANG YANG PALING SAYA SAYANG DALAM HIDUP SAYA
DULU, KINI DAN PASTI SELAMANYA
INILAH DIA...
MY ONE AND ONLY...





sebenarnya hari ni hari jadi mak saya...
dah tua dah mak saya ye..
tua ke??
tak la.umur sahaja makin bertambah, tetapi raut wajah tetap maintain..hihihi...
tak percaya?? try tengok gambar kat atas tu..
masih manis senyumannya..masih licin kulitnya..putih maintain!!hehe..
mak saya kan awet muda gitu.. =)
*kena tanya ma nie amalkan makan apa untuk awet muda..hihi


p/s: ma, sebenarnya kakak xtau nak tulis apa, tapi ini sahaja yang terlintas dalam fikiran kakak waktu ni..ma baca tau..kakak karang khas untuk ma..ma jgn gelak pulak..kakak tak pandai sangat nak berpuisi, bersajak bagai..tapi, ini lahir tulus ikhlas dari hati kakak.hehe


Ma, 
terima kasih sebab lahirkan kakak dekat dunia ni
kakak tau betapa peritnya ma waktu melahirkan kakak
nak kena tahan sakit nak bersalin
nak kena tahan sakit jahit lagi
TERIMA KASIH MA
KAKAK SAYANG MA

Ma,
terima kasih sebab sanggup layan perangai kakak yang entah apa2 nie
yang kadangkala macam budak kecik
yang kadangkala nak diri ini dipujuk
yang kadangkala menyebabkan ma marah
yang kadangkala menyebabkan ma terasa hati
yang kadangkala menyebabkan ma menangis
KAKAK MINTAK MAAF MA
KAKAK SAYANG MA

Ma, 
kakak ingat lagi waktu kakak tingkatan 2
kakak buat ma menangis
malah, kakak tak tau pun ma menangis
nasib baik abah yang bagitau
KAKAK MINTAK MAAF MA
dari hujung rambut sampai hujung kaki
hanya disebabkan perkara kecil
i have made you cried
KAKAK MINTAK MAAF MA
KAKAK SAYANG MA
*tak tau la ma ingat ke tak lagi..tapi kakak ingat sampai bila2

Ma, 
terima kasih atas doa ma yang tak pernah putus2
berkat doa ma, along dah jadi engineer
berkat doa ma, kakak bakal menjadi doktor dalam 3 tahun lagi
berkat doa ma, adik bakal menjadi doktor jugak
berkat doa ma, kami bertiga, Alhamdulillah berjaya di dunia ini
kerana memang ternyata doa seorang ibu pasti dimakbulkan Allah
dan mustahil Allah akan menolak doa seorang ibu yang dalam hatinya penuh kasih dan sayang
TERIMA KASIH MA
KAKAK SAYANG MA

Ma, 
ma segalanya bagi kakak
ma ratu hati kakak
dulu, kini dan selamanya
kakak nak jadi macam ma
yang sanggup hidup susah senang bersama abah
yang dapat menerima abah seadanya
yang dapat menahan sifat marah
yang tidak pernah merungut dengan kesusahan yang ma kena tanggung
yang sentiasa kuat apabila tatkala diuji Dia
yang dapat memberikan kasih sayang secukupnya kepada along, kakak dan adik
TERIMA KASIH MA
KAKAK SAYANG MA

Ma, 
walaupun kita bukanlah datang dari keluarga orang senang
tapi ternyata kesederhanaan yang kita ada sekarang sudah cukup membuatkan kita hidup bahagia sehingga ke hari ini
kasih sayang yang ma dan abah berikan kepada kami bertiga sudah cukup membuatkan hidup kami sempurna, tak kurang walau sedikit pun
betullah orang kata harta bukanlah penentuan kebahagian hidup seseorang, tetapi apa yang penting cara kita menilai kebahagiaan itu sendiri


Ma,
KAKAK SAYANG MA
KAKAK SAYANG MA SANGAT2
KAKAK SAYANG MA DUNIA AKHIRAT






Ya Allah, 
sesungguhnya dia amat penting dalam hidupku
dialah segalanya bagiku

Ya Allah, 
hanya satu ku pohon dariMu
Kau jagalah dia untukku
Kau sayangilah dirinya sepertimana dia menyayangi diriku
Kau lindungilah dia sepertimana dia melindungi aku dari sebarang gangguan

Ya Allah,
dia yang paling aku sayang
dia yang paling aku rindu
dia yang paling aku cinta
Kau bahagiakanlah hidupnya, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana
sekiranya aku tak mampu membahagikan dia
maka Kau berikanlah kasih sayangMu pada dirinya
sebagai ganti kasih sayang dariku
agar dia takkan pernah rasa sunyi selama hayatnya

Ya Allah, 
kau ampunilah dosa-dosanya
Kau berkatilah hidupnya
Kau sihatkanlah dia
Kau murahkanlah rezekinya
Kau panjangkanlah umurnya
Kau jauhilah dia dari sebarang bahaya
kau lindungilah dia

Ya Allah, 
Kau berikanlah dia balasan sebaik-baiknya
atas didikan dia kepadaku selama ini
dan pahala yang besar
atas kasih sayang yang dia limpahkan kepadaku
Kau peliharalah dia sepertimana dia memelihara aku

Ya Allah, 
apa sahaja kesusahan yang dia tanggung disebabkan aku
maka Kau jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosanya

Ya Allah,
kau kabulkanlah permintaanku ini
hanya Engkau yang aku sembah
Engkaulah segala-galanya buat aku ya Rahman ya Rahim...
amin ya robbal 'alamin

"Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka beroleh kebenaran"   

~ Al-baqarah:186~


akhir kata, SELAMAT HARI JADI MA!!
jangan lupa untuk teruskan berdoa dekat kami bertiga ye...
moga perjalanan hidup kami dipermudahkan olehNya...
moga along, kakak dan adik dapat memberikan kebahagiaan kepada ma dan abah..
moga kami dapat membalas jasa ma dan abah yang tidak ternilai harganya...
sungguh besar pengorbanan itu...
doakan kami berjaya di dunia dan akhirat...
dan jangan lupa doakan kami mendapat jodoh yang baik untuk diri kami..hehe



SAYANG MA
SAYANG ABAH




with loves

















Monday, July 02, 2012

jatuh hati

klik link kat bawah, pastu hayati lirik kat bawah nie...

dengar ye kawan2..sayu rasa hati ni..huhu =(


Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian


Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Reff:
Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu

Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa...ha..ha..

Bumi akan sepi
Bangga sementara
A... adakah tempat kembali
A... adakah selain Allah

Back to Reff:

Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa...ha..ha..





ya Allah, sedapnya lagu nie...boleh berderai air mata..tak tau la, sejak kebelakangan nie mudah sangat air mata nie jatuh kat pipi..mungkin sebab banyak sangat dosa yang dah aku buat..ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa aku..aku nak masuk syurgaMu..

nak cincin macam nie boleh??








nanti kawin, nak cincin macam nie boleh x bakal suami?? hihihi..
ada nama..sangat sweet...




Sunday, July 01, 2012

adik sayang





i will miss u dear...
semoga kamu kuat di RCMP...
semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t...


adik,
jangan selalu nangis kat sna tau!! ma slalu risau mcm mana la adik nak puasa kat sana..kena beli makanan sendiri dah..maklumla sebelum ni kat KMKN, food was provided, tinggal gi makan je..ma risau macam mana la adik nak gi kuliah..nasib baik ada motor abah dah pos..mesti ma abah rasa sunyi bila adik takde kat umah kan??? adik kan anak bongsu..hehe..kasih ma dan abah tiada nilainya.. =) 
p/s: selalu ingat ma abah ye adik sayang...ma abah tak pernah lupakan adik walau satu saat...sentiasa doakan ma abah panjang umur, nanti boleh la ma abah tengok anak2 dia berjaya depan mata..murah rezeki sama tau!

adik,enjoy every second of being medical student tau!! jangan stress2..kalau stress je ingat balik He brought u in this field!! so, there must be something in yourself that also brought you to choose this field too.. jangan stress2 tau!! memang ramai orang kata medical student nie xde life!! jangan percaya depa2 tuh...yang penting adik kena pandai bahagikan masa antara belajar, main, gi jalan2, shopping, n apa je la yg adik nak buat dalam hidup nie..ini hidup adik, so adik yang tentukan macam mana adik nak lead your life..nak hidup yang HIDUP or mati..it all depends on you :)
p/s: asalkan hidup yang adik nak tu ikut syariat Islam dah la..hihi

adik, tak tau la bila kakak nak turun perak..macam susah je..tapi bila adik nak fly pi india, insyaAllah kakak akan turun antar adik..hihi..kalau adik rasa rindu kitorang or ada masalah apa2, mesej je along..suh dia pi kat adik weekend2..along is available for you 24 hours!! hehe..nama pon abang kan..takkan la nak tengok adik dia sedih2 kan..suh dia belanja makan banyak2!! insyaAllah, he will spend some time for you..just give him a call..
p/s: kalau kakak ada masa terluang yang sangatttt banyak, insyaAllah kakak ajak ma abah turun perak..


adik, belajar kerana Allah tau..niat sangat penting supaya ilmu senang ckit nak absorb dalam otak..kalau rasa ilmu susah nak masuk, mintak doa kat Dia banyak2 ye...ingat, salah satu reason adik nak jadi doktor sebab abah nak anak dia jadi doktor kan?? so, kalau boleh jangan kecewakan harapan ma abah ye..try your best..i know you can do it..even medical field nie susah, tapi kalau susah sangat, xkan la c,da, k.ayu, a.su n abg afwan boleh jadi doktor kan?? just bear in your mind that i wanna help people..buat sesuatu kena ikhlas...xnak orang paksa k..nanti sume benda tak jadi..

adik, i will miss u dear!!! lama dah tak berjauhan ngan adik..nun di utara pula tu..adik la satu2nya adik yang kakak ada..jaga diri elok2 di tempat orang..jangan buat benda bukan2..i wish you ALL THE VERY BEST dear...kakak doakan Allah sentiasa lindungi adik kat sana..moga diberi kekuatan untuk berdikari di sana..mga kejayaan menantimu di akhir perjalanan kamu dalam bidang ini..moga satu hari nanti tercapai cita-cita adik untuk menjadi Dr. Amirah...ameen...sayang adik ♥ ♥ ♥













sesungguhnya ingatan kami berempat terhadap adik tak pernah luput..sentiasa ada 24 jam...doa kami kepada adik, moga adik kuat di tempat orang..moga adik teruskan menjadi seorang muslimah sejati ye sayang...semoga kamu bertemu dengan kawan2 yang dapat membimbing dirimu dekat kepadaNya..sesungguhnya diri kamu sentiasa dalam doa kami..tak pernah lupa walau sesaat..sayang kamu sangat2...