Monday, March 24, 2014

No Tittle

Dua berita sedih malam ini, 
1) MH370 disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia terhempas di Lautan Hindi 
2) 529 orang ahli ikhwan al muslimin & penyokong bekas Presiden Dr Morsi termasuk Murshidul 'Am nya Dr. Badi' dijatuhkan hukuman mati oleh Kerajaan perampas Mesir




انا لله وانا اليه راجعون

"sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali"



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati"


Al-fatihah...

Takziah buat semua keluarga yang terlibat. Bagi yang beragama Islam, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kalian dan tempatkan kalian bersama orang-orang yang beriman. Ameen. 


p/s: jangan lupa untuk terus berdoa. biarpun cerita ini berakhir di sini, tetapi cerita disebalik pengakhiran ini belum lagi selesai. teruskan berdoa agar Allah dapat tunjukkan apa sebenarnya yang berlaku. yes, kotak hitam!! hope we can find it as soon as possible...

ORTHO in memories....

Bismillah...
Let the pictures tell you about my feeling when I am in this posting...

1. Mentor-mentee system: 
Satu-satunya posting di mana mentor mentee system sangat aktif. Doktor diibaratkan sebagai ayah/mak/abang/kakak. Setiap mentor sangat mengambil berat perihal mentee. Tiada jurang antara kami, "doctor-student". Cuma, kami sentiasa menghormati mereka sebagai lecturer. Apa2 je masalah yg kami hadapi, just told them and definitely they will try to help us in any situation. Oh yes, grup aku ada 2 mentor, kedua-duanya baik. Kedua-duanya punya karekter tersendiri. Tapi apa yang penting, aku nak banggakan mereka dengan memberikan mereka kejayaan dalam exam end posting. Bila mana kami perlukan mereka, mereka pasti akan berada di depan kami. Gambar kat bawah ni grup aku, consists of 2 brothers and 4 sisters. Kami lalui suka duka, susah payah senang sama2. Kadang2 tak terkawal emosi sebab setiap orang diciptakan Allah berbeza-beza. Kalau setiap orang punya karekter yang sama, tak ceria la hidup kan?? Air mata kadang2 turun jugak apabila terlalu banyak salah faham yang timbul antara kami. Tapi, inilah asam garam kehidupan. Aku sentiasa doakan agar Allah panjangkan usia kami supaya kami dapat menjadi doktor yang dapat membawa manfaat kepada negara dan terutamanya kepda Islam itu sendiri. Semoga Allah kurnikan kami kejayaan di dunia dan akhirat.


2. Islamic Input in Orthopaedic (IIIO):
Course yang sangat best! Tak pernah lagi la posting2 lain buat mcm ni. Mungkin sebab dalam ortho, kitorg di expose dengan patient datang patah sana sini, nak kena pakai simen and etc. Waktu ni la kitorang belajar cara-cara nak amek wudhuk dan cara2 solat kalau kita dalam keadaan macam tu. Alhamdulillah, aku belajar banyak sangat daripada program ni. Keesokannya (malam jumaat), kitorang buat qiamullail ramai2 dekat masjid UIAM, diikuti kuliah subuh given by one of the lecturers. Kalau korang nak tau, doktor2 dalam department ortho ni sangat awesome! serius tak tipu! Diorang sangat menitikberatkan soal dunia dan akhirat. Dalam IIIO ni, group aku menang. Tak sangka pulak. Dapat adiah pendrive 8gb. hehe..Kitorang kena present pasal management of cancer and concept of qada&qadar as well as concept of ikhtiar. *kalau nak tengok video aku berlakon, sila pm. haha






3. Basic Trauma and Rehabilitation Course (BTRC)
Situasi sebenar dekat emergency!! Alhamdulillah, dapat belajar sedikit sebanyak apa yang perlu kita buat bila patient sampai, especially accident n etc. Waktu ni aku kena berlakon jadi orang yang level of consciousness nearly zero. Cakap pun merapu je. Dr siap bagi dialog. Kalau orang tanya nama apa, aku kena jawab "cantik kan nama aku". haha. I really enjoy this course!! Collaboration dgn Dr2 from emergency department sangat awesome!

Look!! My "daddy" is here!!! =)
Kitorang ada kawan baru from Oman...
luka parah pun sempat lagi bergambar diorang ni...





4. Supper time with great mentor
Hari pertama masuk ortho dah kena oncall 2 minggu stret. Tapi yang bestnya, Dr akan belanja supper.Tapi bukan pukul 10pm okay!! Late Supper!! Nak tau pukul berapa? Start gi kedai makan pukul 2 PAGi and balik asrama kul 3-4 PAGI. Esok kena datang kelas mcm biasa kul 8 pagi. Macam ni la rutin hidup aku dalam ortho selama 10 minggu. More than half of the posting kitorang balik kul 3-4 pagi. Ambik masa jugak la nak "adapt"kan diri dgn situation mcm ni sebab jadual study semua lari. Jadual mutaba'ah amal apatah lagi. huhu.. Tapi disebabkan Dia adalah lecturer merangkap mentor dan my daddy, so, aku ikut je. At least kalau kita bahagiakan orang lain, pasti suatu hari nanti inshaaAllah, Allah akan balas niat baik kita dengan something else yang mungkin kita pun tak sangka! Well, this is what I choose and I enjoy it!!! *walaupun kadang2 I admit penat sangat2. 

At Kemaman Kopitiam. !st time jejakkan kaki,
prof order milo king and it's yummy!!


Semangat bercerita di kala matahari bakal menjelma tak lama je lagi :)

6. Study Groupmate
Susah payah bersama mereka. Bincang compilation and important topics sampai pukul 2pagi every night during revision week. Pergi cover ward waktu revision week. Buat mock exam short case. All those sweet memories mana mungkin aku dapat lupakan. 

The 1st and last meal together before exam. :)


5. Post exam syndrome
Masa yang sangat ditunggu-tunggu. Alhamdulilah. Exam went well, even though not so well. Apa-apa pun, kini, aku hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah agar keputusan memuaskan. Ameen. Spending time together with them sangat2 la best. Tengok sunrise. Makan breakfast sama2. And definitely I will miss this moment with them!!! 

Right after exam in the morning and muhasabah session in the evening,
again, Dr belanja makan..thanks prof a.k.a. daddy!
On the next day after exam, dah lama tak datang sini.TC




6. Finally, result is out...


Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. 

Dapat berita gembira untuk dikongsikan bersama "family' tercinta.

Terima kasih Allah atas rezeki yang Kau kurniakan kepadaku. Terima kasih atas segala-galanya. Benarlah, doa adalah senjata umat Islam dan aku tak pernah sesekali meremehkan kekuatan doa itu sendiri. Kerana aku tau tiada yang mustahil dalam hidup ini.
"kun fa ya kun". 

"dalam setiap kesusahan pasti ada kemudahan". 
Yes, i am strongly believe in it! 

Buat sahabat-sahabat yang berjaya, Alhamdulillah. Finally, we did it!! Especially my group! Oncall balik pukul 4 pagi, almost half of the posting. Perkara yang paling aku ingat bila mentor sendiri cakap "you all make me proud". Terima kasih mentor2. Tanpa suapan dari mentor2, mana mungkin kami boleh berjaya. Terima kasih jua kerana mendoakan kejayaan mentee2 ini. :-D

Buat sahabat2 yang diuji Allah, bertabahlah! Ini bukan pengakhiran hidup kamu. Aku dan kawan2 lain sentiasa di sisi, bersama kamu ketika susah dan senang. And of course Allah will definitely be with you all the time! Allah loves you more. That's why He gives you such this test. Percayalah, Allah hanya menguji hambaNya yang mampu sahaja. Dan sudah pasti Allah akan meninggikan darjat kamu sekiranya kamu redha dan menerima ujian ini penuh dengan sabar. Aku pernah berada di tempat kamu, malah lebih hebat ujian yang aku terima. Oleh itu, be patient and have faith in Him. :-)




#sharing from my friend...

Teringat kalam nasihat seorang senior tatkala awal2 menjejakkan kaki di bidang perubatan ni...
"Dik, niat must be right coz it will drive u till the end..
Examsssss.. lots of exams in medical school.. but, 

Kate beliau...

Exams..
Bukanlah sekadar menguji sape yg paling pandai...
Sape yang paling banyak study,..
Sape yg paling bnyk stay up..

But, 
Ia menguji sape yg sebenarnya yangg paling dekat dgn Allah..
Sape yg paling banyak sujudnya pdAllah..
Sape yg paling meletakkan kebergantungan pada Allah..
Sape yg paling banyak menangis dihadapanNya..
Sape yg paling redha dengan ketentuanNya...

Tatkala diberi kejayaan, bertambah keimanan dan kesyukuran..


Tatkala diberi kegagalan bertambah jua

keimanan dan mengembalikan segalanya hanya pada Nya..

disamping berusaha memperbaiki diri dlm membentuk diri menjadi a safe, competent, and mukminah doctor one day inshaAllah..."





*mari gunakan balance cuti yang ada dengan sebaik mungkin!! :)




~THE END~








Wednesday, March 19, 2014

MH370

Bismillah...


Di manakah sebenarnya MH370 menghilangkan dirinya??


Aku bukanlah pakar untuk berbicara mengenai isu ini.
Dan aku juga bukanlah seorang insan yang tak nak ambil tau langsung mengenai isu ini.
Sebagai seorang warganegara Malaysia, sudah tentu menjadi tanggungjawab aku untuk peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling aku.

Benar.

Selepas tersebarnya berita kehilangan mh370, malaysia menjadi tumpuan orang ramai, bukan setakat di mata negara jiran-jiran terdekat, bahkan seluruh dunia. DUNIA!!! Malaysia semakin popular di mata dunia! Hanya dalam sekelip mata...

Tetapi, errr...errr...errr...

Di sebalik kehilangan mh370 ni,

Pernah tak walau sekali dan sedetik terlintas dalam fikiran kita, sebenarnya, apakah tujuan sebenar Allah jadikan benda ni secara tiba-tiba?

Sebab kita ni banyak sangat buat maksiat kat dunia ni kot???

Sebab kita ni suka buat perkara-perkara yang Allah larang mungkin???

Atau sebab kita ni selalu tak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah bagi selama ni???

Atau kita ni tak pernah nak nak ambik tau hal-hal berkaitan negara? Walaupun ia dah menjadi tanggungjawab kita???

Apa yang boleh aku katakan kat sini,

Allah bukan sengaja nak benda ni berlaku. Sudah pasti ada hikmah yang tersirat yang Allah nak kita cari dan "grab" benda tu.

Atau mungkin Allah nak uji siapa di kalangan hambaNya yang benar-benar meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakal kepada Dia bila kapal terbang hilang?




Cuba ambik masa dan kita fikir sejenak,
Tahukah kita bahawa Allah jadikan kehilangan mh370 ni bukan saje2??

Tahukah kita Allah jadikan kehilangan mh370 ni sebab Dia nak tengok sejauh mana keimanan kita sebagai hamba kepada Dia?

Tahukah kita Allah jadikan kehilangan mh370 ni adalah untuk melihat siapa di antara kita yang imannya lemah sehinggakan kita percaya pertolongan org lain daripada memohon pertolongan dari Allah sendiri?

Tahukah kita Allah jadikan kehilangan mh370 ni sebab Allah nak tengok sejauh mana kita umat Islam bersatu untuk menyelesaikan masalah ini? *kapal terbang hilang pun masih lagi dikaitkan dengan politik. inilah malaysia. Allah uji kami dengan ujian politik

Tahukah kita Allah jadikan kehilangan mh370 ni sebab Allah nak tengok siapa di antara kita yang benar2 mahukan mh370 kembali atau kita ni buta, tak nak amhil tahu langsung tentang masalah negara sendiri? Buta hati. Buta mata.

Tahukah kita Allah jadikan kehilangan mh370 ni sebab Allah nak kita persiapkan diri untuk kita menghadapi hari kiamat??? *apa kaitan pulak dengan hari kiamat ni?? kapal terbang je hilang. yang nak kaitkan dengan hari kiamat tu apesal? Allah nak tengok kita bersedia tak kalau Allah ambik nyawa kita pada waktu yang kita tak sangka-sangka? kita memang dah bersedia ke nak bertemu dia dlaam apa jua keadaan sekalipun?






Allah tak pernah jadikan sesuatu perkara untuk sia-sia dan untuk kita bergelak ketawa.

Allah tak pernah jadikan sesuatu perkara untuk nak tengok kita bergaduh sesama sendiri, sesama umat Islam.

Allah tak pernah jadikan sesuatu perkara melainkan Dia nak kita, seluruh umat Islam bersatu.
 
Allah tak pernah jadikan sesuatu perkara melainkan Dia nak tengok kita kembali kepadaNya.

Allah cuma nak tengok tahap keimanan kita. Sejauh mana kita boleh "hold" Iman kita di tahap tertinggi bila Allah bagi ujian sebesar ini kepada Malaysia?

Allah cuma nak tengok sejauh mana kita percaya pada pertolongan Dia. *kita percaya Dia atau kita percayakan bomoh?? siap ada tikar lagi. dah macam nak terbang gayanya. malu..malu dengan dunia luar. orang tengok kita. seluruh dunia. mana nak letak muka??? inikah caranya umat Islam meletakkan pergantungan apabila berlaku sesuatu musibah???

Allah cuma nak tengok sejauh mana kita dapat menghindarkan diri daripada perbuatan syirik.

Allah...

Aku bukan sempurna. Aku masih lagi dalam proses untuk mengambil tau apa sebenarnya berlaku sekarang? Kenapa mh370 tiba-tiba hilang pada pandangan dunia?

Aku benar-benar berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran suatu hari nanti. Apa sebenarnya yang berlaku. Terlalu banyak spekulasi yang telah dibuat sampai saat ini. Apa yang aku mampu buat sekarang adalah terus berdoa agar Allah cepat-cepat tunjukkan kebenaran. Aku berdoa agar Allah kuatkan keimanan aku dan umat-umat Islam yang lain dengan apa yang telah berlaku supaya kami semua tak terpesong jauh dari landasan yang benar.

Sekiranya mereka masih selamat di sana, maka Kau lindungilah mereka daripada sebarang bentuk kejahatan di dunia ini. Semoga kepulangan mereka dalam keadaan yang baik-baik je. Tetapi, sekiranya sebaliknya yang berlaku, Kau pinjamkanlah sedikit kekuatan buat ahli keluarga mereka untuk menerima berita ini dengan redha dan tabah.





Thursday, January 03, 2013

Kenapa hati aku takde apa2 perasaan LANGSUNG?

Di saat aku rasa kosong, habis semua orang aku mesej. Tapi, aku lupa untuk sampaikan mesej aku ini pada Dia. Aku lupa di antara ramai-ramai orang yang aku mesej tu, hanya Dia yang paling tahu akan perasaan pada ketika itu.

Rutin aku setiap hari pergi ward, balik petang, makan, tengok movie, study. Tapi, kadang-kadang aku tak faham pun dan tak ingat pun apa yang aku baca. Ibaratnya macam baik tak payah baca. Benarlah, aku dapat rasakan, hati aku sekarang benar-benar kosong. Takde apa-apa langsung. Pernah terdetik dalam hati aku, mungkinkah ini balasannya Allah nak bagi dekat aku sebab aku keluar dari bulatan gembira?

Lewat malam semalam, 2 mesej masuk.

Mesej pertama:
Aku : B, apesal aku rasa kosong ni? Belajar pun tak masuk.. Belajar untuk exam, pastu lupa. Sebab aku
         kuar usrah ke?
B     : Oh. Kenapa ko kuar usrah?
Aku : Ntah la. huhu. Sedih.
B     : Erm, bagi aku, usrah la tempat aku recharge iman balik. Neutralkan hati dan perasaan bila dah penat
         belajar. Duduk sharing lepas tuntutan dunia. Usrah tu keperluan kalau untuk aku la. Kalau takde usrah,
         aku lagi rasa kosong. Hati macam bukan milik Allah dah. Rasa jauh dari Dia.
Aku : Apa yang aku rasa sekarang kosong sangat-sangat. Baca tak masuk langsung.
B     : Allah nak sampaikan sesuatu melalui tu kot. Find Him back. Bila kita terlalu letih dengan dunia, cari la
         masa untuk beriman sejenak. Cari usrah balik. :)

Mesej kedua:
Aku   : Salam. Akak, maaf ganggu malam2. Yana tak tau nak kat sape nak luahkan perasaan. Yana rasa
           kosong sangat akak. Kosong. Pegi ward, balik bilik belajar, tapi kadang2 tak paham and tak ingat
           pon apa yang yana baca. Akak, ni balasan Allah sebab yana kuar usrah ke kak? Akak, yana tak tau
           nak buat apa dah.
Akak : Wsalam. Yana ingat 1 benda. Bila seluruh dunia tak lagi sudi pada kita, Allah masih buka pintu untuk
           kita kembali padaNya. Allah tak pernah menzalimi kita. Kita je yang selalu menganiaya diri. Dan
           bersyukur la bila kita dah mula rasa kosong, sebab waktu tu Allah sedang panggil kita :) Yana rebuild
           semula mutabaah ya. Jangan sedih, jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita :)

Pesanan terakhir dari aku;
Buat kawan-kawan di luar sana dan diri aku sendiri. Sekiranya kita telah melibatkan diri dalam bulatan gembira, cubalah untuk beristiqamah. Jangan cepat mudah rasa jemu kerana takut diakhirnya kita akan menyesal seumur hidup. Aku tak nak perkara ni berlaku dekat kawan-kawan, sebab tu aku kongsi apa yang aku alami sekarang. Tapi, aku bersyukur sebab aku masih diberikan rasa kosong itu, supaya aku sedar yang Allah merindui aku sebenarnya. Buat kawan-kawan yang masih belum ada bulatan gembira, join la. Aku yakin pengalaman itu takkan dapat kita beli dekat mana-mana pasaraya sekalipun. Sebab, apabila duduk bersama-sama, satu semangat baru akan timbul darlam diri. Dan yang pasti itulah kekuatan yang Allah pinjamkan sebentar kepada kita.

Wednesday, January 02, 2013

Ya Allah

Ya Allah.
Sungguh mudah aku menyebut namaMu.
Tapi sungguh susah untuk aku mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu.

Ya Allah.
Aku hanya mengingatiMu tatkala aku susah.
Tapi, bila Engkau memberi kesenangan kepadaku, sungguh mudah untuk aku lupakanMu.

Ya Allah.
Kau tak pernah jauh dariku walau sesaat.
Tapi, aku selalu jauh dariMu.

Ya Allah.
Mulut mudah mengatakan aku rindu padaMu.
Tapi, perbuatan tidak menunjukkan aku cinta padaMu.

Ya Allah.
Engkau selalu berada di sisiku.
Tapi, aku?? Aku selalu tak sedar akan kehadiranMu.

Ya Allah.
Ketika aku keseorangan, Kau telah memelihara aku dengan baik sekali.
Tapi, bila Engkau keseorangan, tidak terlintas dalam hati aku untuk memujukMu.

Ya Allah.
Sungguh, aku rindukan diriMu.
Aku rindukan saat berdua denganMu.
Saat di mana hanya Engkau dan aku sahaja.
Saat di mana Engkau mendengar apa sahaja yang aku luahkan padaMu. 
Saat di mana Engkau redha dengan apa sahaja perlakuan aku ketika itu.
Saat di mana aku dapat meluahkan semua isi hati aku yang terpendam.
Saat di mana sungguh mudah air mataku berguguran di muka bumi ini.
Saat di mana aku dapat rasakan kasih sayangMu.
Sungguh ya Allah.
Aku rindukan saat-saat itu



Tuesday, December 25, 2012

Terharu



Hadiah yang paling bermakna yang aku dapat sebelum 2012 menutup tirai minggu depan
Terima kasih Allah kerana Kau telah murahkan rezeki aku. InsyaAllah, aku berjanji akan terus belajar untuk memastikan cita-cita aku sejak kecil lagi menjadi kenyataan. Dan kejayaan ini juga akan aku kongsikan dengan ma dan abah yang telah banyak berdoa untuk aku. Tidak lupa untuk adik dan along yang terus menerus memberi semangat kepada aku. Dan akhir sekali, untuk pemberi jam di atas. Walaupun aku tidak mengetahui harga sebenar jam itu, tetapi yang pasti mahal. Pada mulanya aku menolak, tapi katanya "tali jam tu dah nampak koyak dah tu, amek je la". Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tau betapa bersyukurnya aku apabila menerima jam ini. Memang aku dah lama berniat nak beli jam baru sebab jam lama aku dah lama sangat dah aku pakai. Tapi aku tangguhkan hasrat aku sebab jam lama masih boleh dipakai. 

Dalam Al-Quran ada menyebutkan "....dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka..." ~ayat 1000 dinar. 

Aku yakin dan aku percaya itu. Tidak sia2 aku amalkan ayat itu setiap hari, setiap ketika, sehinggakan aku dah pun boleh hafal ayat 1000 dinar. Alhamdulillah. 

Aku percaya dengan janji2 Allah s.w.t.

Pesanan terakhir darinya hanyalah "belajar rajin2".

p/s: hanya orang2 yang tertentu sahaja yang tau siapa pemberi jam ini, kerana aku telah berjanji tidak akan memberitahu sesiapa pun melainkan keluarga aku sendiri..

Aku berjanji ya Allah, selagi aku mampu akan aku teruskan perjuangan ini. Dan aku yakin apabila pertolonganMu mengiringi perjalanan aku, kejayaan pasti menjadi milik aku. Aku berjanji aku akan balas jasa pemberi jam ini suatu hari nanti. Aku juga berjanji akan membalas jasa ma dan abah yang telah banyak berkorban untuk aku. Aku tau betapa susahnya mereka nak besarkan aku, nak bagi aku pelajaran, aku akan pastikan jasa mereka akan aku balas walau dengan apa cara sekalipun. Moga Engkau terus memberikan kesihatan yang baik kepada insan2 yang aku sayangi dalam hidup aku, moga Engkau panjangkan umur mereka supaya mereka dapat lihat anak2 mereka ini berjaya dan semoga kehidupan aku akan terus diredhaiMu dengan adanya doa dari kedua ibubapaku. Ameen

Saturday, November 17, 2012

muhasabah



di saat aku tengah bergelut nak exam ari isnin ni..orang Islam di Palestine sana sedang sibuk bergelut dengan musuh-musuh Islam!!! persoalannya, apa yang aku dah buat sampai hari ini untuk membantu mereka??

kita di Malaysia, masih ramai yang berusaha nak menjatuhkan agama Islam sendiri! na'uzubillah
tapi mereka di palestine sana, bertungkus-lumus untuk mempertahankan kesucian agama Islam!! mereka sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan Islam!! tapi apa yang kita buat kat sini?? hanya berdoa apabila mereka diserang?? kalau mereka tak serang, kita langsung tak ingatkan mereka??? kata kita bersaudara! tetapi kenapa kita lupakan mereka?? kenapa di waktu mereka kena serang sahaja kita berdoa untuk mereka?? kenapa?? kenapa?? kenapa?? kita ni saudara seIslam..tolonglaa istiqamah dalam mendoakan mereka..tolonglah.....

mereka di sana gembira apabila kena serang sebab sudah pasti syurga menanti mereka!
tetapi, kita di sini, belum tentu syurga menjadi tempat terakhir kita!!

bangunlah!! bangkitlah!!
mereka perlukan kita..
mereka perlukan pertolongan kita!!
kalau kita tak mampu untuk membawa diri ke sana, maka berdoalah..
tetapi janganlah hanya berdoa apabila mereka diserang sahaja..

p/s: muhasabah untuk diri sendiri dan kawan2 yang lain...

















Sunday, October 21, 2012

kerinduan ini tak mampu ku bendung lagi

bukak buku, teringat ma abah
nak start baca buku, teringat ma abah
nak tido, teringat ma abah
bangun tido, teringat ma abah (bangun tido ari nie, terus capai phone n give them call)
kalau boleh nak dengar suara ma abah 24 jam non-stop!

really, i do miss them!!!

tak sabar rasanya nak balik cuti raya haji ni..
tak sabar nak tengok muka ma abah
tak sabar nak salam peluk cium ma abah
tak sabar nak ikut ma pi kedai runcit (walaupun aku hanyalah berada dalam kereta..hihi)
tak sabar nak makan masakan ma 
tak sabar nak sembang2 malam dengan ma sebelum tidur
tak sabar nak bererbut siaran tv dengan abah
tak sabar nak tengok abah gelak (jarang tau abah gelak..hihi)
tak sabar nak tolong abah cabut rumput dekat halaman rumah
tak sabar nak buat air dekat abah petang2
tak sabar nak buat semua benda dengan ma abah

and i do miss my sister and my brother too!!!

tak sabar nak jumpa adik
ta sabar nak gaduh-gaduh dengan adik
tak sabar nak tido dengan adik malam2 (adik kan tak berani tido sorang2 walaupun u are already 19 y/o!!)
tak sabar nak jumpa along
tak sabar nak sembang mcm2 cerita dekat along

di saat ini,
aku berada di bumi kuantan,
aku perlu kuatkan langkah aku untuk terus berada disini
tak lama liyana!! 
3 tahun je lagi, insyaAllah
masa berlalu dengan pantas!

Kau bantulah aku di sini
Kau permudahkanlah urusan aku di sini
Semoga pulangku membawa kejayaan buat ma dan abah tercinta <3

mereka adalah pengarang jantung hati saya
mereka segala-galanya buat saya
mereka sumber kekuatan saya
mereka selalu berada di hati saya
sayang mereka ketat-ketat


ni la adik dan abang saya
abang saya suka kacau saya
dia selalu cakap saya gemok! (tp betul la..haha)
tapi saya tetap sayangkan dia dunia akhirat
adik saya ni penakut
alhamdulillah, dia dah banyak sangat berubah
moga Allah kuatkan hati dia untuk tsabat di jalan ini
insyaAllah..
moga kita ketemu lagi cuti raya haji ni
tak sabar nak gadoh-gadoh dengan mereka..hihi






Saturday, October 13, 2012

speechless

sungguh! dia yang aku kenal 18 tahun yang lalu bukan lagi dia yang aku kenal sekarang!

ya Allah, sungguh indah perancangan-Mu.
benarlah, manusia hanya mampu merancang, tetapi Engkau jualah penentu segala-galanya.
dan sesungguhnya perancangan-Mu adalah perancangan yang terbaik buat setiap hamba-Mu
aku bersyukur kerana dia yang aku kenal dulu dah berubah!
aku tahu bukan mudah untuk dia mengambil langkah itu!
tetapi, aku yakin berkat hidayah-Mu, dia akhirnya memberanikan diri untuk mengambil jalan ini.

ya Allah,
Kau kuatkanlah hatinya.
walau apa pun yang berlaku di masa hadapan, janganlah Engkau biarkan Dia keseorangan!
kerana aku yakin dia masih belum mampu untuk membawa dirinya seorang.
kerana aku yakin dia masih memerlukan teman disisinya untuk dia mengharungi perjalanan yang sumpah panjang ini!

tetapi ya Allah,
kehadiran-Mu membuatkan hati aku lega..
kehadiran-Mu membuatkan hati aku hilang dari rasa resah gelisah.
kerana aku tahu Engkau pasti menjaga dirinya baik-baik sahaja,
kerana aku yakin Kau akan bantu dia sama-sama berusaha untuk memartabatkan agamu-Mu.

ya Allah,
aku sayang dia dunia akhirat.
walaupun kadang-kadang, aku tak mampu untuk memberitahu dia,
tetapi ya Allah, jauh di sudut hati aku, aku sayang dan rindu dia setiap masa.
walaupun kami sering bertengkar bagai anjing dan kucing apabila bertemu.
itu hanyalah sebagai senda gurau untuk kami melepaskan rasa rindu kami.

ya Allah,
Kau jagalah dia untukku.
Kau jagalah dia supaya dia dapat menjadi seorang muslimah yang hebat.
Kau jagalah dia supaya dia dapat menjadi seorang khalifah yang hebat.
Kau jagalah dia agar dia dapat menjadi seorang insan yang hebat di mata dunia.

buat dirinya, ketahuilah,
aku di sini akan sentiasa mendokan agar kamu sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan apa yang telah kamu mulakan.
aku di sini akan sentiasa memberi sokongan kepada kamu.
sesungguhnya, kamu satu dalam sejuta.


p/s:
bukan mudah untuk seseorang yang dahulunya tidak pernah menerima tarbiyyah, tiba-tiba nak berubah!
aku tahu kebenaran itu!
kerana aku juga begitu sebelum aku menerima tarbiyah!
tetapi, janganlah kita berputus asa!
kerana Allah tidak suka kepada mereka yang cepat mengalah!
bangkitlah!!! bangkitlah!!! bangkitlah!!!
perjalanan kita masih panjang kawan-kawan!!
semoga kita terus dibisik Allah untuk menerima tarbiyyah ini!

Friday, September 07, 2012

"ku tak pantas di syurga"


by: dadali

Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku

Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik

Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu

Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridho-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu





Wednesday, September 05, 2012

rindu saat itu


sebelum aku melangkah kaki semula ke bumi kuantan untuk meneruskan perjuangan aku yang masih jauh perjalanannya, malam itu, aku sempat berbual dengan dia..dia sumber inspirasi aku, aku hormat dia, aku sanjung dia, aku sayang dia..

sudah lama rasanya kami tidak berbual bersama..masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing2..

tapi, perancangan Allah adalah yang terbaik bukan?? akhirnya dia memulakan bicara..bertanya tentang masalah aku dan semuanya..dan aku dapat juga meluahkan rasa hati aku walau tak banyak, mungkin hanya sekelumit sahaja..apa yang penting aku rasa lega sangat..satu perasaan yang tak pernah aku rasakan selama ini..

dia membuatkan mata aku dipenuhi air, dia membuatkan aku tak boleh lagi berkata-kata..kerana hanya dengan satu lagi perkataan, maka banjirlah bilik itu..

terima kasih kerana sudi menjadi seorang insan yang bertanggungjawab..aku tahu jauh di sudut hati dia, dia turut mendoakan kejayaan aku..

terima kasih Allah kerana memberikan kami berdua masa untuk berbual-bual..walaupun hanya seminit dua..tapi aku tetap bersyukur..

kini, aku telah pun sampai ke bumi kuantan..dengan harapan semoga perkara lama tak berulang kembali..dengan harapan Engkau redhai setiap langkahku..

sesungguhnya aku merindui untuk berbual dengan dia semula kerana daripada perbualan itulah, aku menjadi semakin kuat ya Allah..

ya Allah, moga kau terus memberikan pertolonganMu kepadaKu sepanjang aku berada di sini dan di dunia ini..ameen..

....

...hati tenang tatkala mendengar zikir ini...

YA ALLAH, tenangkan jiwaku agar mantap pergantunganku padaMU



Wednesday, August 01, 2012

Hati kita Allah s.w.t. yang pegang


(1) aku dulu < aku sekarang (better)
(2) aku dulu = aku sekarang (same)
(3) aku dulu > aku sekarang (worst)



mana satu aku?? yang pertamakah?? atau yang keduakah?? atau yang ketigakah??

tapi apa yang paling penting, aku dulu tidak pernah sama dengan aku sekarang!!

apa yang lainnya?? ke aku sorang je yang perasan kelainannya?? atau pun aku yang syok sendiri ni??

Aku masih ingat lagi waktu mula2 aku nak menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Surat tawaran pertama yang aku dapat adalah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar Perlis (SEMEKAP). Disusuli oleh surat tawaran yang kedua iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Derma (SMKD). Untuk pengetahuan korang, SMKD memang top la dekat Perlis selain SBP dengan MRSM Beseri. SMKD adalah satu-satunya sekolah elit/premier kat Perlis waktu tu. Masih terngiang-ngiang lagi perbualan antara my mother and me, waktu nak pilih nak masuk sekolah mana.

Ma      : So, kakak nak masuk sekolah mana ni?
Me      : Tunggu dulu, nak kena survey dulu. Tanya kawan2 sume. Ada geng baru best.
   
Setelah beberapa minggu berlalu...

Ma      : Macam mana kakak? Dah buat keputusan ke belom?
Me      : Urmm...macam nak pergi sekolah derma je..
Ma      : Awat tak mau pi sekolah agama perempuan?
Me      : Ntah. Sebab kena belajar bahasa arab kot. Macam susah je. Tengok along belajar cam pening je.
Ma      : Konfem la ni na pi sekolah derma?
Me      : Yup. Tak yah tanya dah. Nanti pening balik. [aku nie dah la jenis orang yang takde pendirian yang tetap. Senang sangat terhasut ngan apa yang orang cakap] 

Selang beberapa hari selepas keputusan untuk ke SMKD dibuat..jeng3

Ma      : Betul ke kakak tak mau pi sekolah agama sebab kena belajar bahasa arab?
Me      : Betul la. Takkan nak tipu pulak.
Ma      : Ma rasa macam ada sebab lain je.
Me      : Apa dia pulak dah?
Ma      : Bukan ke sebab kena pakai tudung labuh?
Me      : gulpppp...[telan air liur banyak kali] Mana ada la. Betol la sebab kakak tak nak belajar bahasa arab.
Ma      : Ari tu ma nampak kakak asyik dok try pakai ja tudung besar tu (jibab). Dok tarik2 la tudung tu.
Me      : huhu...ala, mana ma tau ni?? Kakak tak selesa la pakai tudung labuh. Dah la besar pulak tu.
[naluri seorang ibu tak pernah sesekali menipu]


story end here...

So, apa yang aku nak cuba bagitau korang pasal cerita pendek nie???
Apa agak2nya eh??

Ye, aku akui dulu aku bukanlah sepertimana diri aku sekarang.
Aku tak suka pakai tudung labuh dan besar (tapi aku still tak selesa kalau tudung yang aku pakai tu tidak menutupi dada). 
Aku bukanlah seorang yang baca quran setiap hari (tapi disebabkan aku masuk kelas qiraati waktu sekolah rendah, so, memang tiap2 malam aku kena baca dan Alhamdulillah aku berjaya khatam quran pada usia....tak ingat la..tapi agak muda jugak la..hihi..opss, Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat menunjuk-nunjuk dan sifat 'ujub dan takbur)
Aku hanyalah seorang insan biasa (sekarang pun biasa jugak..tak berubah mana pun)

So, apa kaitan dengan tajuk "HATI KITA ALLAH YANG PEGANG" ??
Tak nampak pun correlation between tajuk post dengan isi post!! huhu
(sebenarnya aku tak reti nak bagi tittle untuk post nie, main letak je..hihi..maaf dehhh)

Sebenarnya apa yang cuba saya nak bagitau semua adalah manusia boleh berubah. Sama ada cepat atau lambat. Sama ada kita nakkan perubahan itu atau kita nak tolak perubahan itu. Sebab HATI-HATI kita Allah yang pegang. Dia yang bagi hidayah. Dia yang menyentuh hati kita.




kita diberi pilihan sama ada nak yang baik atau yang buruk.
tepuk dada tanya lah iman masing2 =)
Manakan tidak, aku sendiri mengambil masa yang sangat lama untuk berubah. Tapi berubahnya takde la banyak mana sangat pun. Boleh diibaratkan sebagai satu buih di lautan. Mungkin 0.0000000001% sahaja!!! Tapi, aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada aku untuk merasai perubahan itu. Aku bersyukur kerana Allah mengetuk pintu hati aku untuk aku berubah menjadi seorang insan yang lebih baik di masa hadapan. Aku bersyukur kerana Dia tak pernah berputus asa untuk mengetuk pintu hati aku untuk menerima perubahan itu. Sekali lagi aku bersyukur kerana aku dikurniakan keluarga yang sangat supporting. Walaupun aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang latar belakang pendidikan sekolah agama, tapi Alhamdulillah berkat ilmu agama yang diajar oleh ma dan abah, berkat ilmu agama yang diajar oleh ayoh dan arwah mee kabirah (mode: aku rindukan dia. bila dia masih ada di dunia ni, aku tak pernah nak ambil kesempatan untuk rapat dengannya. bila dia dah pergi meninggalkan aku, kini baru aku menyesal. Ya Allah, moga Kau tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman. tak sempat dia nak tengok cucu2 dia berjaya di dunia ini..), berkat ilmu agama yang diajar oleh mak dan semua mak cik dan pak cik aku, maka jadilah aku sekarang. Aku bukan nak membangga diri. Jauh sekali nak bersifat 'ujub dan takbur dengan perubahan yang tak seberapa ni. Tapi, apa yang aku nak tekankan kat sini, SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH!!! BERUBAHLAH KAWAN2 sekiranya PERUBAHAN ITU MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA DIRI KITA DAN AGAMA. 



Tapi bila dah berubah, perkara yang paling penting yang kita perlu jaga adalah ISTIQAMAH.

among the most beloved of deeds to Allah,
 is the one  that is continuous ,
even if it is little


Sampai sekarang aku masih fail bab istiqamah. Biarlah kita baca quran satu muka surat sehari sahaja setiap hari daripada kita baca empat muka surat sekali seminggu. Biarlah kita baca satu ayat sekalipun, tapi pastkan setiap hari bibir kita sentiasa dibasahi oleh ayat2 cinta dari Nya. Biarlah kita buat solat sunat dua rakaat sekali sehari, daripada kita buat sekali seminggu. 









Siapalah aku untuk bagi nasihat2 macam nie. Aku nie orang biasa2 je. Tak hebat mana pun. Aku bukanlah orang yang sesuai untuk nak bagi nasihat sume2 nie. Tapi, aku sedar setiap umat Islam dipertanggungjawabkan untuk "menyampaikan" biarlah hanya dengan benda2 yang simple. Tapi aku belajar daripada pengalaman sendiri. Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.







Last but not least, aku sentiasa mendoakan agar kita semua tidak segan silu untuk berubah!! (tapi yang baik2 je la tau..yang jahat2 tak nak..hehe) Biarlah apa orang nak kata. Hipokrit?? Aku dah biasa dengan perkataan tu. Manusia takkan berhenti untuk berkata-kata kerana mereka juga dikurniakan mulut seperti kita. Malah, kita tak boleh tutup pun mulut mereka. Apa yang kita boleh buat ialah dengan mendoakan agar Allah membuka pintu hati mereka untuk sama2 mengalami peubahan yang sangat osem ini!!! Moga Allah redha setiap perubahan yang kita lakukan untuk agama yang tercinta ini.







SELAMAT BERMUJAHADAH!!!

Tuesday, July 31, 2012

End Of Year 3 Session 2011/2012....Now Waiting for Year 3 Session 2012/2013



Alhamdulillah, tamat sudah exam aku tadi. Alhamdulillah both long case and short case dapat doc yang sangat2 baek, cuma yang risaunya adalah teori exam. Sangat susah. Apa-apa pun, aku dah cuba buat yang terbaik, aku dah cuba berusaha setakat mana yang aku mampu. Kini, masanya telah tiba untuk aku serahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t untuk menilai adakah aku layak untuk diberi PASS atau sebaliknya, na'uzubillah, kerana aku yakin Dia Yang Maha Mengetahui.

Tamatnya exam ini juga bererti aku sudah makin menghampiri untuk bertemu kawan2 baru bulan 9 nanti. Macam2 perasaan ada, takut + gembira, sume ada. Maklumlah, kawan2 baru aku ni pandai2, siapa la aku nak dibandingkan dengan mereka. Tapi one thing for sure, aku mesti belajar something from them. Kalau mereka budak bijak pandai, aku mesti jadi bijak pandai. Kalu mereka seorang yang berani bercakap di hadapan, aku pun mesti berani macam mereka. Apa2 pown, semoga Allah permudahkan perjumpaan aku dengan mereka dan semoga aku dapat "masuk" dengan geng baru aku. InsyaAllah ameen.

Sebenarnya, ari nie tiba2 je aku rasa macam nak cerita balik pasal exam posting2 yang lepas. urmmm...

Started with SURGICAL posting..


- surgery sebenarnya best tapi mungkin disebabkan surgeon2 nie, egonya tinggi menyebabkan student takut dengan mereka.
- aku suka surgery sebab aku suka masuk dewan pembedahan.
- kalau kawan2 nak tau, waktu exam surgery, aku dapat long case dengan mr. zailani, kes acute pyelonephritis. Tapi, aku memang akui aku tak boleh nak perform sangat sebab aku tak berapa baca tajuk ni. Sekali exam dapat tajuk nie pulak. [padan muka aku..dush3] waktu habis exam long case dengan mr.z, aku dah dapat rasakan yang aku akan fail. Untuk short case pulak aku dapat chest tube ngan mr. nazli. Dia sangat baik dan alhamdulillah aku boleh la buat ckit2.
- bila result kuar, aku tak terkejut pun aku fail sebab memang aku expect awal2. Tapi ye la, sape yang nak fail?? Sume aim pass!!! Kesedihan aku tak lama sangat sebab aku tak suka orang tengok aku pelik. So, bila result dah kuar tu, aku hanya mengadu pada Allah s.w.t. sahaja. Mungkin ramai yang nampak aku cool, tapi jauh di sudut hati aku, aku sedih, sedih yang amat sangat. Apa2 pun, aku terima takdir ini dengan hati yang terbuka.


Next posting was INTERNAL MEDICINE..


- IM??? stress sebab banyak sangat penyakit yang nak kena cover. Dah la aku baru dapat result surgical posting. huhu..Tapi aku suka gak IM sebab doc2 IM sangat baik dan nak mengajar!! Ward round paling best. Banyak belajar.
- dukacitanya, aku tak suka IM sebab aku bukan jenis yang baca 24 hours. Lagipun IM nie just dok kat ward je. Tak macam surgery, kena bedah2 orang..hihi
- kalau kawan2 nak tau jugak, waktu exam IM, aku dapat long case ngan doc nik. Terkejut?? Haruslah!! Tapi apakan daya, semuanya datang dari Dia. Dah memang tertulis dekat laut mahfuz aku akan dapat exam dengan doc nik. Aku dah seronok bila dapat tau kes aku acute coronory syndrome (ACS) sebab aku dah pernah present dekat doc marzuki lengkap. Tapi, bila doc yang ditunggu-tunggu adalah doc nik, sekali lagi harapan aku hancur. Aku tak salahkan dia aku fail IM. Betul, aku jugak salah sebab lemah teori. Tapi, apa yang aku kesalkan adalah aku pernah present case tu dan case tu senang. Tapi, apakan daya, aku hanyalah manusia biasa. Aku tak boleh melawan takdir. Betul, aku tak tipu, kadang2 aku cemburu melihatkan rakan2 dapat doc yang baik2, especially for both long case and short case. Apa2 pun, aku redha ya Allah degan ketentuanMu. Sekali lagi lepas habis long case dengan doc nik, aku dapat rasakan aura aku fail. Next is short case with doc anis. Baik sangat. Dia siap pesan dekat aku "you're good liyana. but you need more practice on presentation. keep on practice!!" Aku akan ingat nasihat dia sampai bila2.
- result pown keluar, and aku lagi sekali tak terkejut kalau aku tengok nama aku tertulis fail. Buat pengetahuan semua, aku tak pergi tengok pown result. Aku suruh kawan yang tolong tengokkan sebab aku ada aura. Kawan aku pun called and she said, be strong yana!! And definitely I knew my result!!! Selagi lagi aku diuji oleh Dia. Waktu dapat phone call, aku dekat ward, nak pergi clerk patient. Lepas dapat tau result, terus aku balik bilik dan menangis sepuas-puasnya sampai bengkak mata aku keesokannya. Ya Allah, sungguh berta ujianMu kali ini. Tapi, sekali lagi aku terpaksa terima dengan hati yang terbuka.
- 2 posting aku fail and it means I have to repeat year 3 again in this coming september!!!

3rd posting was O&G..


- aku kena sambut 10 kelahiran and I managed to finish it at 7th week.
- aku mentee dr ziana yang sangat sweet dan comel.
- aku dapat exam long case dengan Prof Zalina. Best!! Sangat ambil berat pasal social life patient. Aku salute dia sangat2. Short case aku dapat ngan Dr. Muna.
- result?? Alhamdulillah, akhirnya aku pass [walaupun pass posting xde makna apa2 melainkan hanya dapat membuktikan kepada kawan2 aku juga mampu lulus sepertimana mereka pass dalam semua posting]

Last posting wast PAEDIATRIC..


- best sebab suka main dengan budak2 comel
- exam?? Long case dengan dr abg nagi and short case with dr taufiq
- result?? baru habis exam..huhu


~Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah s.w.t~