Wednesday, July 25, 2012

alhamdulillah atas segalanya

Alhamdulillah.
Akhirnya, hampir 5 bulan aku tunggu ya Allah. 5 BULAN!!!
Masa yang sangat lama bagi aku.
Tanpa penat dan lelah. 
Walaupun kadang kala mungkin tanpa ku sedari, bibir ini mengeluh.
Mengapa aku yang terpilih dikalangan hamba-hambaMu yang berjuta-juta di dunia ini untuk menerima ujian ini. 
Mengapa aku???
Apakah yang ada pada diriku sampaikan Engkau memilih diri yang sangat lemah ini???
Apakah diri aku ini istimewa daripada kawan2 aku yang lain???
Ya Allah, ampunkan aku kerana aku tidak menjaga tutur kataku. 
Ampunkan aku kerana aku tidak menjaga kata hatiku. 

Setiap kali ujian bertandang, kadang-kadang membuatkan diri ini lemah sangat sampaikan aku rasakan aku perlu mengundur diri. 
Sampaikan aku rasakan mampukah aku untuk teruskan dalam perjalanan yang penuh cabaran, onak dan duri ini. 

Tetapi ya Allah.
Setiap kali Kau uji aku, hanya senyuman yang mampu aku berikan kepada semua walaupun hati aku menangis teresak-esak.
Kerana aku hanya HambaMu yang hina.
Aku hanya hambaMu yang lemah.
Kerana aku hanya HAMBAMu.

Setiap kali ujian itu tiba juga.
Sepenuh pengharapan ku letak padaMu. 
Sepenuh kepercayaan kuberikan padaMu. 
Atas segala ujian yang Kau turunkan kepadaku.  
Kerana aku yakin ada sesuatu yang ingin Kau berikan padaku.
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Kau sembunyikan daripadaku. 
Kerana aku yakin PASTI ada HIKMAH di sebalik semua ini.

Ya Allah. 
Aku bersyukur padaMu.
Kini aku telah mula nampak sinar disebalik setiap ujianMu. 
Aku telah mula nampak hikmah disebalik ujianMu.

Sungguh.
Engkau Maha Adil. 
Engkau Maha Mengetahui. 
Engkaulah segala-galanya. 

Ya Allah.
Semoga Kau terus menyinari hidup aku.
Semoga Engkau terus bersamaku setiap saat dalam hidupku.



saya sayang Allah s.w.t.





my luvly "adik" membuatkan saya jatuh hati dengan ayat 1000 dinar ini.
my luvly "adik" jugak telah membuktikan bahawa once kita letak 100% kepercayaan kita kepada Allah, so, kita tak perlu risau lagi sebab Allah PASTI akan bantu kita.
my luvly "adik" jugak membuatkan saya menitis airmata tatkala saya membaca entry "ini cerita nur" dekat blog dia, hanya kerana ayat 1000 dinar ini.
akhir sekali, saya sayang adik saya <3 <3 <3








Wednesday, July 18, 2012

ye. saya kuat cemburu

saya rindu dia
saya sayang dia

tapi,
saya tau dia ada orang lain yang lebih baik di sana daripada saya
saya tak kisah
tapi kadang-kala perasaan melebihi segala-galanya

betul!
saya cemburu
cemburu dengan keakraban mereka
cemburu kerana saya tidak pernah rapat dengan dia sepertimana dia rapat dengan mereka
saya tidak pernah mengungkap perkataan "sayang" padanya
tapi jauh di sudut hati saya, sungguh! saya sayang dia dunia akhirat..

syukur,
saya masih ada orang lain yang bersama-sama saya
saya masih ada Allah yang boleh berada disamping saya
saya masih ada Allah yang boleh menemani saya di kala hati ini sunyi
saya masih ada Allah yang boleh menyejukkan hati saya di kala hati ini terlalu cemburu
ye..saya masih ada Dia

betul,
Allah sangat baik
Allah sangat best

ya Allah,
kau kuatkankanlah hati aku
kerana sememangnya aku akan berhadapan dengan dia seumur hidup aku
perasaan sayang aku takkan pernah luntur buat dirinya
kerana aku sayang dia seumur hidup aku

kuatkan aku ya Allah..

Monday, July 16, 2012

S.A.D

Alhamdulillah..
masih lagi diberi nafas sehingga ke hari ini..
semakin dekat dengan ramadhan, semakin takut diri ini..
*macam tak pernah sambut ramadhan pulak dia..huh
bukan apa, dah ready fizikal, mental nak sambut ramadhan??
dah sedia nak bangun 1/3 malam tiap2 hari untuk bertemu denganNya??
*sangat2 memerlukan mujahadah yang kuat..insyaAllah..aku akan cuba melawan nafsu syaitan nie..

Terima kasih Ya Allah...
kerana masih memanjangkan umur aku untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang..
terima kasih kerana masih memeberi peluang kepada aku untuk terus menjadi hambaMu yang osem!!
terima kasih kerana Engkau selalu dekat denganku..

ARE YOU READY TO FACE THIS COMING RAMADHAN????

tapi, kenapa cik liyana sedih???
urm, habis sume gambar2 dalam belog nie takde!!
T.E.N.S.I.O.N...
sekarang nie sibuk nak exam..
mungkin lepas exam baru boleh buat apa yang patut..
maaf la kepada sesape yang baca blog ni, tapi sume gambar dah gone!!!
*masalahnya, ada ke orang nak baca belog kamu cik liyana??hihi

Sunday, July 15, 2012

CONGRATULATIONs!!!

alhamdulillah...

terima kasih Allah kerana masih panjangkan umur aku sehingga saat ini..
moga aku dapat bertemu dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..
insyaAllah..

tahniah buat Amirah Noordin dan bff dia, Hafizah Razak kerana berjaya menjadi pelajar perubatan..moga jalan yang korang berdua pilih ni akan diredhai Dia..kakak doakan korang kuat dalam bidang ini...bukan Allah sengaja meletakkan korang dalam bidang ini, tetapi dia yakin korang akan jadi insan yang hebat suatu hari nanti..moga kita bertiga dapat menjadi DOKTOR MUSLIMAH YANG HEBAT ye adik-adikku..

buat pijah, sila la datang ke besut lagi ye...


Sunday, July 08, 2012

I.S.T.I.Q.A.M.A.H

dia dah berubah liyana!!!
dah banyak sangat!!
bila turn kamu pulak???

ya Allah, 
hampir luluh jantung aku bila aku tengok gambar terbaru dia...
betul ke dia adik aku??
betul ke dia adik aku???
adik aku???
macam tak percaya...
tapi itulah hakikat yang sebenar...
dia sangat cantik..
sangat manis...
dengan tudung labuh itu...

ya Allah, 
aku ingin menjadi seperti dia...
aku ingin sekali mengikut jejak langkah dia...
aku nak bersama-sama dia dalam jalan yang dia pilih..

tapi,
mampukah aku??
mampukan aku menjadi seperti dirinya???
mampukah aku istiqamah di jalan itu???

saya sayang kamu <3 <3 <3
semoga kamu istiqamah ye :)
*maaf curi gambar kamu dari kamu punya FB...