Friday, July 27, 2012

IFTAR BATCH





Alhamdulillah, ari ni saya diberi kesempatan untuk sama2 join iftar batch kitorang yang diadakan dekat multi-purpose hall (MPH), kuliyyah of medicine (KOM). Kali ni saya berjaya hadirkan diri di kalangan orang2 yang terawal!!! (bangga kejap..hihi) 



Acara bermula dengan hamparan tikar oleh golongan brothers yang datang awal. Kemudian, sesi tadarus al-quran. Bukan setakat baca saje tau, tapi fahamkan maksudnya sekali (tafsir la maknanya..) Sebahagian sisters sibuk "menghidangkan" makanan di belakang (padahal makanan siap dalam polistrin dah, cuma main pass2 je..hehe). Ada yang buat air (air tak cukup!!wawawawa..sedap la air sarsi tadi..sape yang wat?? boleh kawen dah..hihi). Ada yang tolong potongkan buah tembikai. Macam-macam la. Alhamdulillah, sume bekerjasama. Sebab tu saya sayang batch saya (sayang sangat!! tapi apakan daya, saya terpaksa berundur diri selepas ni. Tapi korang jangan la lupakan saya pulak tau. Doakan saya supaya perjalanan saya selepas ini lancar tanpa sebarang masalah ye kawan2).

Beberapa minit selepas kitorang bertadarus, azan maghrib pun berkumandang. Sume orang sibuk berbuka. Ada yang berbuka dengan air dulu. Ada yang berbuka dengan makan kurma dulu. Saya??? urm..saya berbuka dengan air je sebab tak makan kurma. Tak boleh nak telan kurma tu. Tak tau kenapa (walaupun kita disunnahkan berbuka dengan kurma terlebih dahulu, tapi apakan daya, saya tak mampu. Dah banyak kali cuba, tapi asyik gagal je setiap kali nak makan kurma). 



sunnah tau bukak puasa ngan kurma dulu

dulu xsuke tembikai,
sekarang dah jadi kawan baik..hihi
apam comel pon ada..suka3











air sarsi yang sedap

Kemudian, selepas berbuka dan masing2 kenyang, sume orang sibuk bergerak ke surau KOM (dahulunya dipanggil masjid KOM) untuk menunaikan solat fardu maghrib secara berjemaah, diikuti solat hajat (kitorang nak periksa minggu depan. Exam last posting untuk year 3), sedikit tazkirah, solat isyak dan solat tarawih berjemaah. InsyaAllah, banyak pahala kalau solat jemaah. Tambah2 pulak bulan ramadhan nie.


banyak pahala kalau solat jemaah. sama2 kita praktiskan. isnyaAllah boleh!!!

Selepas solat maghrib, saya ada meeting kejap dengan bos besar, penolong bos besar, bendahara  dan setiausaha comel =) Kalau korang nak tahu, saya nie bendahari untuk biro kebajikan batch saya. Kitorang sempat bincangkan apa aktiviti yang kitorang nak buat sebab tahun nie kitorang xde aktiviti apa2 pown. (I'm really hope that I can join you guys) Saya nak join program yang korang buat. Harap2 korang buat program tu waktu saya free. Al-maklum la, lepas ni cuti kita dah tak sama. Lain sangat2 dah.



hidup WELFARE!!

Akhir kata, moga ini bukan perjumpaan akhir saya bersama2 dengan ahli batch saya. Moga Allah temukan kita lagi di lain masa. Moga Allah permudahkan urusan saya untuk join apa2 sahaja program yang korang arrange bila2 nanti. Semoga ukhwah kita kekal selama-lamanya. InsyaAlah sampai ke syurga. Saya doakan semoga kita semua berjaya dalam exam last posting ni dan saya juga mengahrapkan agar kawan2 mendoakan kejayaan saya dan rakan2 yang senasib dengan saya. Semoga kami terus kuat dan tabah untuk menghadapi ujian ini.

TAK LUPA JUGA BUAT SESIAPA YANG SPONSOR MAKANAN IFTAR TADI, SEMOGA BERKAT SEDEKAH ITU, KORANG BEROLEH PAHALA DAN INSYA-ALLAH, ALLAH MURAHKAN LAGI REZEKI KORANG. AMEEN..





*mode: saya perlukan kata2 semangat dari adik saya*
aku jua merinduiMu 


6 comments:

sakinah said...

salam ukhtie..nampak meriah iftar di sana..:)
apa pun yg terjadi..ketetapan Dia adalah yg terbaik bukan..saya percaya ukhtie cukup kuat utk hadapi ujian yg satu ini.ada hikmah yg kadangkala kita tak nampak..

ada kelapangan tadabbur ayat nie ea..

~27:62
~93:3

ukhwah fillah..moga ukhtie terus melangkah dengan gigih..moga Dia mudahkan urusan ukhtie..
salam ramadhan.:)

Unknown said...

@sakinah: jazakillah kerana sudi meluangkan masa untuk baca post ni..padahal merepek je lebih..hihi..betul!! Dia dah plan elok2 untuk saya..cumanya mungkin diri ini belum cukup kuat untuk menerima takdir ini dengan tangan yang terbuka seluas-luasnya..apa2 pown, one thing for sure, i became more closer to Him..btw, salam ukhwah fillah too =)

ramadhan kareem :)

sakinah said...

ukhtie..
tak diuji seseorang muslim itu melainkan sesuatu yg dia mampu hadapi..2:286

kekuatan itu hak hakiki Ilahi..its nice to know that the test make you more closer to Him..i do believe u're strong enough to face it.Keep ur effort and never give up.

He will always by your side.:)

Unknown said...

@sakinah: insyaAllah..kadang2 bila fikir, ada hikmahnya Dia uji saya dengan ujian ini walaupun ramai orang yang tak sanggup terima ujian ini. Mungkin antara salah satu sebabnya jika saya teruskan, maka hati saya makin banyak buat dosa. Hanya saya dan Dia sahaja yang tau apa yang saya maksudkan. Betul, kadang2 saya bersyukur dengan ujian ini. Tapi bila fikirkan saya akan habis lambat, itu yang meresahkan jiwa sebenarnya.

sakinah said...

sis..He plan the best..aturan Dia cukup cantik dan pasti terbaik..kerana Dia tahu apa yang kita tak tahu kn..lambat tak bermakna gagal..mungkin ini cara Dia agar seorang doktor yang baik utk umat mampu dilahirkan..doktor kena kuat.:)nice to have a talk with you..perhaps we can meet each other one day..may He bless you in whateva you do future doctor for ummah.uhibbuki fillah.inshaAllah. fi amanillah. thanks a lot.

Unknown said...

absolutely!! yeah, maybe we can meet one fine day..thank too cause you made my tears rolling down towards my cheek every time i read your comment =) btw, nice to know you even though just "dekat alam maya" hehe..uhibbukifillah abadan abada..insyaAllah..