Monday, August 29, 2011

ramdahan..mungkinkah aku akan bertemu denganmu lagi???

hari ini sudah hari ke-29 kita sebagai umat Islam berpuasa..tup tap tup tap dah hari terakhir berpuasa..nampaknya tahun nie 29 hari je kita berpuasa...pejam celik pejam celik ramadhan kian melabuhkan tirainya..gembira?? sedih?? ntahlah..susah nak gambarkan perasaan yang membelenggu diri ini..macam2 perasaan ada sampai tak boleh terungkap melalui percakapan mahupun perbuatan..

gembira?? kenapa aku gembira??
sebabnya raya bakal mejelma..maknanya aku boleh balik kampung!!! meraikan bersama insan2 tersayang..tahun nie aku raya kampung sebelah abah dekat alor keladi, besut..dapatlah menemani family ayah su yang beraya bersama-sama ayoh dan tok ma..sebelah petang pulak, insyaAllah lepas zohor, tibalah masanya untuk meraikan bersama2 family sebelah ma dekat padang luas, besut...yang paling aku tunggu adalah sesi bergambar bersama semua keluarga sebelah ma untuk dijadikan cenderahati waktu famiy day akan datang(insyaAllah bulan 2 tahun depan) di samping gambar tu dengar katanya nak dicetak dekat t-shirt untk dipakai waktu family day nanti..wow!! mesti seronok!!! tak sabar nak tunggu..insyaAllah jika diizinkan Allah, aku dapat join..{sesi bergambar sebelah abah selalunya diambil waktu raya kedua..hehe..muka aku lagi ada dalam gambar!!! adoi la..kena pakai cantik2 lagi..hihihi}

sedih?? kenapa nie yana oii???
mestilah sedih sebab aku tak tahu adakah aku masih lagi diberi kesempatan untuk menemui ramadhan yang akan datang?? adakah aku masih diberi peluang untuk menambah amal ibadat aku sewaktu ramadhan yang akan datang?? adakah aku masih boleh meraikan kedatangan ramadhan yang akan datang bersama insan2 yang paling aku sayang dalam hidup?? semua soalan2 nie aku tak mampu jawab..hanya Allah yang mengetahui semunaya..cuma aku hanya mampu berdoa semoga Allah memanjangkan umur aku dan insan2 yang aku sayang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang dan menyambut kedatangan ramadhan dengan perasaan yang sangat gembira serta menyambut kedatanga syawal dengan penuh rasa syukur..


ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Mengetaui..
Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih..
Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang..
Engkaulah Tuhan Yang Maha Segalanya..

ya Allah, hanya kpadaMu tempat aku memohon..
hanya kepadaMu tempat aku mengadu..
hanya kepadaMu tempat aku berserah..

ya Allah, 
Kau panjangkanlah umur aku dan sesiapa sahaja aku sayang dalam hidup aku..
Kau panjangkanlah umur kami agar kami dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang..
sesungguhnya berlabuhnya tirai ramadhan tahun ini amat menyedihkan..
kami pasti akan merinduinya..

ya Allah,
selama setelah hampir sebulan kami berpuasa dalam bulan ramadhan..
kini tibalah masanya untuk kami meraikan 1 syawal dengan penuh kemenangan dan keriangan..

tapi ya Allah,
janganlah Engkau biarkan kami lupa, lalai, leka dan alpa dengan nikmat kemenangan yang telah Engkau janjikan kepada kami..
Kau sentiasalah mengingatkan kami agar sentiasa bersederhana dalam semua urusan..
kerana sesungguhnya masih ramai lagi umat-umat Islam di luar sana yang dalam kesusahan..

ameen ya robbal 'alameen


di kesempatan nie, 
aku nak mitak maaf kepada semua yang mengenali diri ini..
maafkan diri ini jika selama ini ada percakapan yang menyakitkan hati..
maafkan diri ini jika selama ini ada perbuatan yang mengguris perasaan..
maafkan diriku ini..

sesungguhnya  aku hanyalah manusia biasa..
sesungguhnya aku adalah manusia hina..
sesungguhnya aku hanyalah  hamba yang kerdil..
sesungguhnya aku tidaklah sempurna..
maafkan segala salah dan silap..


akhir kata dariku,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Sunday, August 28, 2011

lagu "feveret" minggu ini..

Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan

Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku berserah takdir padanya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk ketika perjalanan ku sukar
KepadaNya ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamaNya selamanya

Doa DHUHA????

assalamu'alaikum....dah berhabuk rupanya blog nie..lama dah tak update..mcm mana nak update slalu, kat sini xde internet, nak pasang streamyx xleh..post kali nie cam bosan je kan??? doa dhuha??? xpelah asalkan tercapai gak hasrat aku nak update blog nie..hihi..

sebelum tue, apa kata kita tepuk dada tanya diri sendiri dengan jujur dan ikhlas..
1) pernahkah aku solat dhuha dalam hidup aku??
2) kalau pernah, apakah doa yang selalu aku baca waktu menadah tangan memohon kepadaNya??
3) sekiranya tidak pernah, tidakkah terdetik walau sekali di dalam hati untuk aku menunaikan kewajipan yang amat dituntut ini??

aku dulu pown, boleh dikatakan tak pernah langsung buat solat dhuha..tapi alhamdulillah sejak masuk uia, aku dah terbiasa, cuma kadang2 kalau ada kelas, susah sikit..insyaAllah, akan diperbaiki selepas ini..dan alhamdulillah jugak sejak cuti berbulan2 nie, solat dhuha dah jadi rutin harian aku..harapnya akan kekal sampai bila-bila..insyaAllah..

buat kawan2 di luar sana yang masih belum pernah menunaikan solat dhuha, tunaikanlah..buat la slow2 cm aku..mula2 sekali seminggu pown xpe asal istiqamah..tak guna buat tiap2 hari tapi seminggu je!! minggu depan2 xbuat dah..bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit..percayalah korang akan rasa tenang je bila sembahyang dhuha, tambah2 pulak bila baca doa dhuha {kena mintak komisyen nie sebab tolong promote lagu} :)

oh ye!!!! cari2 kat tenet terjumpalah satu doa khusus untuk kita amalkan waktu menunaikan solat dhuha iaitu DOA DHUHA by UNIC...sedap bunyinya..aku dah boleh hafal part atas2, part yang bawah2 otw, doakan berjaya..nie doa dia{setiap kali lepas habis solat, mesti part2 atas baca dalam bahasa arab, part bawah dalam melayu..hehe}....click here


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu..
Keindahannya keindahan-Mu..
Kekuatannya kekuatan-Mu...
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...


Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu 
keindahan-Mu 
kekuatan-Mu 
kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Saturday, August 20, 2011

10 terakhir ramadhan???? apa kelebihannya??? jom selidik...jeng3

~ Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

~ Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

~ Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

~ Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

~ Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

~ Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

~ Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.


dah habis baca??? jom sama2 kita tingkatkan ibadah kita pada 10 malam terakhir ramadhan nie..moga2 tahun ini kita dipertemukan dengan malam LAILATUL QADAR..insyaAllah..ameen...


kejarlah malam LAILATUL QADAR, di mana malam ini adalah malam yang 1000x lebih baik dari malam2 yang lai..rebutlah ia selagi kita mampu..insyaAllah dengan taufiq dan hidayah dari Allah, kita akan berjumpa dengannya..


tapi janganlah pulak ibadah kita selama sebulan di bulan ramadhan nie terhenti apabila masuknya bulan syawal dan seterusnya..harapnya kita akan kekal membaiki amal ibadah kita dari semasa ke semasa..biarpun hanya sedikit kita menambah ibadah kita daripada kebiasaan, asalkan kita berISTIQAMAH..


ok kawan2...selamat beramal ye...