Wednesday, November 30, 2011

keinsafan diri~fursan

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa


Betapa rimbunnya dosaku

Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi

Monday, November 28, 2011

waiting...waiting...waiting

insyaAllah..everything will be fine!!!
doa la selagi mana ada masa...
Allah tu Maha Mendengar!!!
aku dah cuba sehabis baik dan semampu yang aku boleh!!!
kini, aku hanya mampu bertawakal kepadaNya.
moga kejayaan menjadi milik aku...
tidak lupa juga kepada sahabat2..


Ya Allah,
sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku mengadu..
sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku berserah..
sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku luahkan segala isi hatiku..
moga Kau mendengarnya dan Engkau mengabulkannya...
Amin ya robbal 'alamin...



Friday, November 04, 2011

exam...exam...exam...

list physical examination yang kena pro (surgery posting):

  1. neck
  2. breast
  3. abdomen
  4. hernia
  5. varicose vein
  6. CNS
  7. rasa cam ada lagi..tp xingat dah la...huhuhu

p/s: rujukan untuk aku nak study..huhu..banyaknye!!! ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya..ameen...

Allah knows the best my dear =)

assalamu'alaikum...
selamat pagi...
sihat???
aku?? alhamdulillah (balik rumah kotttt..hehe)


hari nie, pagi2 lagi dah "skyping" dengan seorang sahabat...
sahabat yang lama tak jumpa...(even satu uni)
sahabat yang amat aku rindu gelak tawanya, airmatanya....


mula2, kami sembang2 biasa je...
cakap rindu la..
tanya balik raya ke tak???
masing2 meluahkan perasaan rindu yang dah lama terpendam...





tiba2, dia bertanya kepada aku soal jodoh!!!
OMG!!! (aku bukan ustazah)...
i'm not the right person to talk bout this my fren!!!
tapi, berbekalkan ilmu secetek yg aku ada..
aku gagahkan jua menjawab setiap persoalan darinya...


1 thing yg aku betul2 pegang sekarang adalah ISTIKHARAH!!!
mintaklah petunjuk dari Dia...
HE KNOWS THE BEST!!!!


even if we really want someone to be with us..
ask Him 1st whether he's the right person or not...


sahabatku,
aku bukanlah orang yg tepat dalam menjawab segala persoalanmu tentang jodoh..
tapi, berbekalkan ilmu yang aku ada, aku cuba untuk berkongsi ilmu denganmu...


sahabatku,
alangkah indahnya perassan yang Allah kurniakan kepada kita
perasaan ingin dicintai dan mencicntai


tetapi, 
janganlah engkau sesekali memberikan perassan ini kepada orang yang salah
kepada orang yang kita tidak pasti..


sahabatku,
pesananku hanya satu
istikharahlah!!! supaya kelak tidak menyesal dengan pilihan yang telah pun kita buat


sahabatku, 
sesungguhnya jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan
janganlah sesekali kau menidakkan ketentuanNya
terimalah seadanya dan penuh redha
letakan keyakinanmu pada ALLAH s.w.t


pesanan terakhir aku kepadanya...
ALLAH KNOWS THE BEST DEAR!!!


Wednesday, November 02, 2011

version 1 copy & paste

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.



“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

from diarihati.com

Tuesday, November 01, 2011

jiwa kacau

minggu nie sangat2 STRESS!!!!
dengan nak hantar case write up..ngan tutorial ngan doc2 yg 'malignant'...


seriously, i miss my mum and dad so much!!!!!!!! rindu sangat2!!!!
"ma, abah, kakak dah homesick!!! tak pernah kakak rasa macam nie...huhuhu..."


clinical years banyak ajar aku erti kehidupan dan erti persahabatan yang sebenar...
betul lah senior2 pernah kata, org yang disangka baik dulu jangan disangka akan terus baik...orang yang jahat dulu jangan terus disangka jahat....EVERYONE HAD CHANGED!!!!!!


aku??? ntah lah..susah nak assess diri sendiri...hanya kawan rapat je yg tau...harap2nye aku kekal sama dengan liyana yang org pernah kenal dulu...kalau berubah pown, biarlah ia ke arah kebaikan.. :D


apa yang aku tau, aku rasa hubungan aku dengan DIA dah lain...aku rasa makin jauh...aku makin tak kenal sape aku sebenarnye...sekarang, aku dalam proses nak baiki balik hubungan yang dah semakin jauh...aku tak nak sampai satu hari nanti, DIA akan terus membiarkan aku leka dalam dunia aku sendiri...

YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEKUATAN DALAM DIRIKU...JANGANLAH KAU BIARKAN AKU TERUS TERPESONG DARI JALAN KEBENARANMU...YA ALLAH, KAU BERIKANLAH AKU KESABARAN YANG TINGGI UNTUK AKU MENGHADAPI HALANGAN2 YANG BERADA DI HADAPANKU...YA ALLAH, KAU TENANGKANLAH HATI AKU DI KALA HATI AKU KUSUT...KAU BERIKANLAH YANG TERBAIK UNTUKKU DAN SAHABAT2KU...KAMI BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN TIDAK LAMA LAGI, KAU BERIKANLAH KAMI DAYA INGATAN DAN DAYA KEFAHAMAN YANG TINGGI UNTUK KAMI TERUS BELAJAR DEMI PESAKIT BUKAN SEMATA2 EXAM..AMEEN...