Akhirnya, hampir 5 bulan aku tunggu ya Allah. 5 BULAN!!!
Masa yang sangat lama bagi aku.
Tanpa penat dan lelah.
Walaupun kadang kala mungkin tanpa ku sedari, bibir ini mengeluh.
Mengapa aku yang terpilih dikalangan hamba-hambaMu yang berjuta-juta di dunia ini untuk menerima ujian ini.
Mengapa aku???
Apakah yang ada pada diriku sampaikan Engkau memilih diri yang sangat lemah ini???
Apakah diri aku ini istimewa daripada kawan2 aku yang lain???
Ya Allah, ampunkan aku kerana aku tidak menjaga tutur kataku.
Ampunkan aku kerana aku tidak menjaga kata hatiku.
Setiap kali ujian bertandang, kadang-kadang membuatkan diri ini lemah sangat sampaikan aku rasakan aku perlu mengundur diri.
Sampaikan aku rasakan mampukah aku untuk teruskan dalam perjalanan yang penuh cabaran, onak dan duri ini.
Tetapi ya Allah.
Setiap kali Kau uji aku, hanya senyuman yang mampu aku berikan kepada semua walaupun hati aku menangis teresak-esak.
Kerana aku hanya HambaMu yang hina.
Aku hanya hambaMu yang lemah.
Kerana aku hanya HAMBAMu.
Setiap kali ujian itu tiba juga.
Sepenuh pengharapan ku letak padaMu.
Sepenuh kepercayaan kuberikan padaMu.
Atas segala ujian yang Kau turunkan kepadaku.
Kerana aku yakin ada sesuatu yang ingin Kau berikan padaku.
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Kau sembunyikan daripadaku.
Kerana aku yakin PASTI ada HIKMAH di sebalik semua ini.
Ya Allah.
Aku bersyukur padaMu.
Kini aku telah mula nampak sinar disebalik setiap ujianMu.
Aku telah mula nampak hikmah disebalik ujianMu.
Sungguh.
Engkau Maha Adil.
Engkau Maha Mengetahui.
Engkaulah segala-galanya.
Ya Allah.
Semoga Kau terus menyinari hidup aku.
Semoga Engkau terus bersamaku setiap saat dalam hidupku.
saya sayang Allah s.w.t. |
4 comments:
salam. yana, yang pasti, kite antara orang yang akan rindu pada yana...
@adra rafee: are u really2 sure?? hihi..thanx fren!!
kenapa ada tanda " " kat adik tuh. -.- huhu. bahagia yang sebenar ialah apabila kita sedar bahawa hanya Allah tempat untuk bersandar dan berpaut. :) chaiyok2 kak. perjalanan ni masih panjang. kuatkan hatimu untuk terus menghadapai mehnah dan tribulasi dunia ni. <3
Mardhatillahseeker: hehe
Post a Comment