Monday, August 29, 2011

ramdahan..mungkinkah aku akan bertemu denganmu lagi???

hari ini sudah hari ke-29 kita sebagai umat Islam berpuasa..tup tap tup tap dah hari terakhir berpuasa..nampaknya tahun nie 29 hari je kita berpuasa...pejam celik pejam celik ramadhan kian melabuhkan tirainya..gembira?? sedih?? ntahlah..susah nak gambarkan perasaan yang membelenggu diri ini..macam2 perasaan ada sampai tak boleh terungkap melalui percakapan mahupun perbuatan..

gembira?? kenapa aku gembira??
sebabnya raya bakal mejelma..maknanya aku boleh balik kampung!!! meraikan bersama insan2 tersayang..tahun nie aku raya kampung sebelah abah dekat alor keladi, besut..dapatlah menemani family ayah su yang beraya bersama-sama ayoh dan tok ma..sebelah petang pulak, insyaAllah lepas zohor, tibalah masanya untuk meraikan bersama2 family sebelah ma dekat padang luas, besut...yang paling aku tunggu adalah sesi bergambar bersama semua keluarga sebelah ma untuk dijadikan cenderahati waktu famiy day akan datang(insyaAllah bulan 2 tahun depan) di samping gambar tu dengar katanya nak dicetak dekat t-shirt untk dipakai waktu family day nanti..wow!! mesti seronok!!! tak sabar nak tunggu..insyaAllah jika diizinkan Allah, aku dapat join..{sesi bergambar sebelah abah selalunya diambil waktu raya kedua..hehe..muka aku lagi ada dalam gambar!!! adoi la..kena pakai cantik2 lagi..hihihi}

sedih?? kenapa nie yana oii???
mestilah sedih sebab aku tak tahu adakah aku masih lagi diberi kesempatan untuk menemui ramadhan yang akan datang?? adakah aku masih diberi peluang untuk menambah amal ibadat aku sewaktu ramadhan yang akan datang?? adakah aku masih boleh meraikan kedatangan ramadhan yang akan datang bersama insan2 yang paling aku sayang dalam hidup?? semua soalan2 nie aku tak mampu jawab..hanya Allah yang mengetahui semunaya..cuma aku hanya mampu berdoa semoga Allah memanjangkan umur aku dan insan2 yang aku sayang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang dan menyambut kedatangan ramadhan dengan perasaan yang sangat gembira serta menyambut kedatanga syawal dengan penuh rasa syukur..


ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Mengetaui..
Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih..
Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang..
Engkaulah Tuhan Yang Maha Segalanya..

ya Allah, hanya kpadaMu tempat aku memohon..
hanya kepadaMu tempat aku mengadu..
hanya kepadaMu tempat aku berserah..

ya Allah, 
Kau panjangkanlah umur aku dan sesiapa sahaja aku sayang dalam hidup aku..
Kau panjangkanlah umur kami agar kami dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang..
sesungguhnya berlabuhnya tirai ramadhan tahun ini amat menyedihkan..
kami pasti akan merinduinya..

ya Allah,
selama setelah hampir sebulan kami berpuasa dalam bulan ramadhan..
kini tibalah masanya untuk kami meraikan 1 syawal dengan penuh kemenangan dan keriangan..

tapi ya Allah,
janganlah Engkau biarkan kami lupa, lalai, leka dan alpa dengan nikmat kemenangan yang telah Engkau janjikan kepada kami..
Kau sentiasalah mengingatkan kami agar sentiasa bersederhana dalam semua urusan..
kerana sesungguhnya masih ramai lagi umat-umat Islam di luar sana yang dalam kesusahan..

ameen ya robbal 'alameen


di kesempatan nie, 
aku nak mitak maaf kepada semua yang mengenali diri ini..
maafkan diri ini jika selama ini ada percakapan yang menyakitkan hati..
maafkan diri ini jika selama ini ada perbuatan yang mengguris perasaan..
maafkan diriku ini..

sesungguhnya  aku hanyalah manusia biasa..
sesungguhnya aku adalah manusia hina..
sesungguhnya aku hanyalah  hamba yang kerdil..
sesungguhnya aku tidaklah sempurna..
maafkan segala salah dan silap..


akhir kata dariku,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




2 comments:

H A N said...

Rabbana Taqabbal MinNa...
insyaAllah,mintak dikurniakan umur yg b'manfaat... :)

Unknown said...

insyaAllah..ameen..btw, selamat hari raya!!! maaf zahir batin :D