sebelum tue, apa kata kita tepuk dada tanya diri sendiri dengan jujur dan ikhlas..
1) pernahkah aku solat dhuha dalam hidup aku??
2) kalau pernah, apakah doa yang selalu aku baca waktu menadah tangan memohon kepadaNya??
3) sekiranya tidak pernah, tidakkah terdetik walau sekali di dalam hati untuk aku menunaikan kewajipan yang amat dituntut ini??
aku dulu pown, boleh dikatakan tak pernah langsung buat solat dhuha..tapi alhamdulillah sejak masuk uia, aku dah terbiasa, cuma kadang2 kalau ada kelas, susah sikit..insyaAllah, akan diperbaiki selepas ini..dan alhamdulillah jugak sejak cuti berbulan2 nie, solat dhuha dah jadi rutin harian aku..harapnya akan kekal sampai bila-bila..insyaAllah..
buat kawan2 di luar sana yang masih belum pernah menunaikan solat dhuha, tunaikanlah..buat la slow2 cm aku..mula2 sekali seminggu pown xpe asal istiqamah..tak guna buat tiap2 hari tapi seminggu je!! minggu depan2 xbuat dah..bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit..percayalah korang akan rasa tenang je bila sembahyang dhuha, tambah2 pulak bila baca doa dhuha {kena mintak komisyen nie sebab tolong promote lagu} :)
oh ye!!!! cari2 kat tenet terjumpalah satu doa khusus untuk kita amalkan waktu menunaikan solat dhuha iaitu DOA DHUHA by UNIC...sedap bunyinya..aku dah boleh hafal part atas2, part yang bawah2 otw, doakan berjaya..nie doa dia{setiap kali lepas habis solat, mesti part2 atas baca dalam bahasa arab, part bawah dalam melayu..hehe}....click here
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu..
Keindahannya keindahan-Mu..
Kekuatannya kekuatan-Mu...
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...
Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu
keindahan-Mu
kekuatan-Mu
kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
1 comment:
Do’a ini disebutkan oleh Asy Syarwani dalam Syarh Al Minhaj dan Ad Dimyathi dalam I’anatuth Tholibiin, namun do’a ini tidak dikatakan sebagai hadits.
Do’a di atas bukanlah do’a yang asalnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Intinya, tidak ada do’a khusus yang dibaca ketika itu. Wallahu a’lam
Post a Comment